HomeUtamaRakyat diseru terus pupuk semangat patriotisme, kekal perpaduan, jaga keharmonian - Hajiji

Rakyat diseru terus pupuk semangat patriotisme, kekal perpaduan, jaga keharmonian – Hajiji

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengajak seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum dan berbilang budaya agar terus memupuk semangat patriotisme, mengekalkan perpaduan dan menjaga keharmonian sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Katanya, sambutan Hari Kebangsaan adalah milik kita bersama, justeru rakyat perlu berdiri teguh dan jangan terpengaruh dengan sebarang perkara negatif yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan, sehingga membawa kepada perpecahan.

“Seluruh lapisan rakyat juga seharusnya memperingati dan menghargai jasa serta pengorbanan pahlawan dan pejuang negara, yang mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta”, katanya dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan 2023.

Hajiji berkata, seiring dengan objektif Malaysia Madani di bawah Kerajaan Perpaduan, agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya menerima baik segala langkah, tindakan dan perancangan yang boleh membina semula kekuatan negara ini, terutama dari segi kemajuan sosio-ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Marilah kita sama-sama menghayati tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, iaitu “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2023”, katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya