HomeIsu tempatanLebih 500 penggemar cosplay sertai Cosmaniac 2023

Lebih 500 penggemar cosplay sertai Cosmaniac 2023

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Seramai lebih 500 pengemar budaya pop Jepun yang merangkumi anime, permainan video dan cosplay sekitar bandaraya Kota Kinabalu telah menyertai pertandingan dikenali sebagai Cosmaniac 2023.

Program yang diadakan selama dua hari di Palm Square Centre Point itu mempamerkan minat peserta dengan memakai kostum watak anime selain meneroka pelbagai kiosk menarik yang menjual barangan anime.

Pertandingan Cosplay Cosmaniac mula diperkenalkan pada tahun 2017 dengan kerjasama Hobbycon kini telah memasuki edisi tahun kelima penganjuran sempena ulang tahun pusat membeli belah yang ke 33 tahun.

Hobbycon, yang pada awalnya ditubuhkan sebagai tempat perjumpaan untuk peminat hobi, telah berkembang menjadi platform dinamik bagi generasi muda untuk mempamerkan bakat, minat, dan hobi peribadi mereka.

Pengasas Hobbycon Johan Julian berkata, kerjasama dengan Centre Point Sabah pada tahun ini telah melihatkan peningkatan dari segi bilangan cosplayer hadir untuk acara tersebut.

“Tahun ini, pihak kami telah menganjurkan cosplay tema Mecha (robot gergasi) yang pertama di Sabah, dan saya gembira mendengar hakim dan pembuat prop dari Semenanjung dan Sarawak kagum dengan persembahan ini.

“Kami berharap kerjasama ini akan berterusan dan kami menawarkan tema Cosplay baru untuk para penduduk tempatan Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Kursus Pertanian Fertigasi perkenal sistem penanaman moden, tingkat pendapatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular