HomeUtamaBot Karam: Seorang maut, lapan selamat

Bot Karam: Seorang maut, lapan selamat

Read Time:1 Minute, 14 Second

SEMPORNA: Seorang pelancong warga asing maut manakala lapan lagi selamat dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Timba-Timba dekat sini petang semalam (4 Sept).

Mangsa yang maut seorang lelaki berumur 38 tahun dipercayai lemas manakala lapan mangsa yang lain berjaya diselamatkan.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan kejadian itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, satu laporan polis diterima pada 4 September 2023 jam lebih kurang 4 petang, berkenaan satu kejadian bot karam di kawasan perairan laut Pulau Timba-Timba Semporna pada jam lebih kurang 10.10 pagi yang melibatkan sembilan orang pelancong warga asing.

“Salah seorang daripada mangsa iaitu satu lelaki warga asing berumur 38 tahun telah meninggal dunia dipercayai lemas manakala lapan yang lain berjaya diselamatkan,” katanya.

Menurut Mohd Farhan, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

“Susulan daripada kejadian itu pihak polis telah menahan empat orang lelaki terdiri daripada seorang
warga tempatan berumur 22 tahun dan tiga warga asing berumur antara 26 hingga 40 tahun untuk membantu siasatan.

“Kesemua suspek akan dibawa ke hadapan majistret untuk mendapatkan tahanan reman,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan kepada pemilik bot supaya berhati-hati semasa menggunakan bot dan menyediakan peralatan keselamatan seperti jaket dan sebagainya.

“Sebarang maklumat berkenaan kejadian bolehlah disalurkan kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Khadijah Mohd Seruji di talian 019-8718002 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Projek infrastruktur air dilancar, tingkatkan kualiti dan ketersediaan bekalan air

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular