HomeUtamaKonvoi Kembara Kenali Borneo Hari Ketiga Jelajah Empat Daerah

Konvoi Kembara Kenali Borneo Hari Ketiga Jelajah Empat Daerah

Read Time:36 Second

BERNAMA

Sandakan : Kembara Kenali Borneo hari ini dijadual akan meneruskan perjalanan menelusuri empat daerah iaitu Sandakan, Beluran, Telupid dan Ranau.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama peserta konvoi itu dijangka berangkat dari Sandakan menuju ke Pusat Pemulihan Orang Utan di Sepilok.

Antara tempat persinggahan lain konvoi adalah Institut Perhutanan Sabah di daerah Telupid, Tagal Sungai Moroli di daerah Ranau dan Majlis Santapan Bersama Rakyat pada malam ini di Pentas Budaya, Kundasang.

Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.- BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Klinik Mesra Remaja beri penekanan kesejahteraan remaja secara menyeluruh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya