HomeIsu tempatanHUMS giat laksana program CERAH di Lahad Datu, Sandakan

HUMS giat laksana program CERAH di Lahad Datu, Sandakan

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu: Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) terus mempergiatkan program Cancer Empowerment, Outreach and Awareness (CERAH) dengan menyantuni masyarakat di Felda Sahabat, Lahad Datu dan Kg Gum-Gum, Sandakan baru-baru ini.

Penyelaras program CERAH, Dr. Nurfarahin Musa berkata, pelaksanaan program tersebut adalah bagi mengadakan saringan Kanser Pangkal Rahim melalui ujian pap smear dan ujian HPV secara percuma kepada golongan wanita yang berisiko tinggi.

“CERAH merupakan inisiatif yang dimulakan oleh HUMS untuk memartabatkan liputan saringan kanser di negeri Sabah.

“Oleh itu, pelaksanaan program CERAH akan lebih kerap dilaksanakan terutama di beberapa tempat yang berada di Sabah,” katanya. 

Nurfarahin memaklumkan, program yang merupakan kolaborasi bersama Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Madani itu diketuai oleh Pegawai Perubatan HUMS, Dr Hiew Wuan Teng. 

“Penghargaan juga diberikan kepada pengerusi CERAH, Dr Nik Amin Nik Lah yang telah menubuhkan program yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat setempat,” katanya.

Menerusi program tersebut, HUMS telah menyaring seramai 25 orang wanita dan menjalankan ujian lanjutan untuk 13 orang wanita.

Turut terlibat dalam program tersebut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Governan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Ahmad Muzaffar Ahmad Bakri; Ketua program KPT Prihatin Madani, Dr Rishaini Elengovan, dan tiga orang jururawat daripada HUMS yang membantu menjayakan program tersebut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peserta Sugandoi, golongan muda diseru pelihara, promosi budaya Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya