HomeUtamaMCMC komited rapatkan jurang digital di luar bandar

MCMC komited rapatkan jurang digital di luar bandar

Read Time:43 Second

Keningau : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus komited dalam memastikan jurang komunikasi dan digital penduduk khususnya di luar bandar tidak ketinggalan.

Pegawai Perhubungan MCMC di Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Muhammad Iqbal Ikhwandi berkata, ia dibuktikan menerusi pemasangan ‘Starlink high performance’ yang pertama di Sabah dan Borneo.

“Inilah antara usaha kami di MCMC untuk merapatkan jurang digital, kami tidak mahu luar bandar tertinggal dari arus perkembangan dunia internet dan digital.

“Semalam kami masuk ke kawasan pedalaman, Kampung Malaing di Sook, Keningau untuk pasang Starlink high performance yang pertama di Sabah dan Borneo!,” katanya dalam hantaran di Facebooknya di sini hari ini.

Muhammad Iqbal berkata, pihaknya turut gembira dapat membantu anak-anak kecil dan komuniti luar bandar untuk dapat akses maklumat.

“Terima kasih YAB PM atas arahan pembelian Starlink dan pelaksanaan oleh YBM KKD yang diselaraskan MCMC,”tambahnya. – SABAH MEDIA / FOTO Muhammad Iqbal

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular