HomeUtamaSabah dijangka terima peruntukan lebih besar Belanjawan 2024 - Ahmad Maslan

Sabah dijangka terima peruntukan lebih besar Belanjawan 2024 – Ahmad Maslan

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Sabah dijangka akan terus menerima peruntukan yang lebih besar dalam Belanjawan 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, Sabah merupakan negeri yang menerima peruntukan terbesar dari keseluruhan 14 negeri dalam belanjawan tahun ini.

“Saya ingin maklumkan, RM6.5 bilion yang diperuntukkan pada belanjawan tahun ini bagi projek pembangunan di Sabah adalah yg terbesar daripada keseluruhan 14 negeri.

“Manakala dari segi bilangan projek tahun lepas sebanyak 1,048 merentas kementerian-kementerian dan tahun ini ditingkatkan kepada 1,144 projek jadi dari segi bilangan projek bertambah
dan dari segi peruntukan tahunan daripada RM5.1 bilion ditingkatkan
Kepada RM6.5 bilion,”

“Ini peruntukan bajet tahunan pembangunan, tetapi dari segi jumlah kos projek dipecahkan mengikut tahun, pada 2022 jumlahnya RM48.1 bilion , kita beri RM5.1 bilion tahun itu, namun ia melonjak RM6.1 bilion tahun ini, dengan nilai RM6.5 bilion projek pembangunan untuk negeri Sabah.

“Sabah kemungkinan akan menerima peruntukan yang lebih besar dalam Belanjawan 2024 ini,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Sabah di sini hari ini.

Menurut Ahmad lagi, selain projek pembangunan, Kerajaan Persekutuan turut memberikan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada rakyat Sabah dari jumlah isi rumah 370,000 dengan nilai RM525 juta, warga emas sebatang kara 81,000 orang jumlahnya RM48 juta dan untuk bujang 347,000 orang dengan jumlahnya RM121 juta.

“Jumlah keseluruhan tiga kategori itu 769,817 orang dengan nilai RM666.3 juta, ini untuk STR,” katanya.

Ahmad berkata, menyedari akan jumlah berkenaan masih tidak mencukupi sebab Sabah adalah negeri yang luas dan kekurangan prasaranan walaupun demikian ia membuktikan kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan tumpuan yang tinggi kepada Sabah.

“Di Semenanjung pun ada lagi yang memerlukan peruntukan, namun dari segi sudut wilayah ini untuk kali pertama ini masa saya umumkan bahawa projek pembangunan terbesar di Sabah dibanding dengan negeri lain pada bajet tahun ini dan kemungkinan pada bajet tahun depan ia akan berlaku sekali lagi,” tambah beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular