HomeUtamaAgong akhiri Kembara Kenali Borneo melalui Lebuhraya Pan Borneo ke sempadan Sabah-Sarawak

Agong akhiri Kembara Kenali Borneo melalui Lebuhraya Pan Borneo ke sempadan Sabah-Sarawak

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu :Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengakhiri program Kembara Kenali Borneo di Sabah dengan menyelusuri Lebuhraya Pan Borneo ke sempadan Sabah-Sarawak di Sindumin, Sipitang.

Baginda berdua bersama rombongan memulakan perjalanan di permulaan lebuh raya itu di pekan Donggongon Penampang kira-kira jam 11.15 pagi sejurus selesai menghadiri Majlis Santapan Pagi Bersama Rakyat di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Penampang.

Sebelum itu baginda turut berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke rumah-rumah tradisi yang terdapat di KDCA.

Dari Donggongon, rombongan kembara itu turut berkenan singgah di beberapa lokasi  bagi menyantuni rakyat setempat yang setia dan teruja menanti kehadiran baginda berdua.

Selain itu, baginda berdua turut singgah di sebuah gerai buah-buahan di Papar yang dalam perjalanan ke daerah Sipitang .

Di Sipitang, Yang di-Pertuan Agong  dan Raja Permaisuri Agong akan menghadiri Majlis Santapan Tengah Hari di Masjid Sahabat Sindumin- Merapok yang terletak di sempadan Sabah-Sarawak.

Selepas itu, baginda berdua akan meneruskan Kembara Kenali Borneo ke Brunei Darussalam seterusnya ke negeri Sarawak.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Putatan Mokhtar Hussin berkata, program bagi menyambut kehadiran Yang di-Pertuan Agong di Kampung Lok Kawi baru di sini pagi tadi merupakan satu inisiatif penduduk setempat dengan kerjasama pejabat daerah dan beberapa agensi lain.

Pegawai Daerah Putatan Mokhtar Hussin

“Pada hari ini lebih 1,000 masyarakat dari kawasan berhampiran hadir bagi menyambut dan menyantuni kehadiran Yang di-Pertuan Agong ke Sabah dimana ini merupakan julung-julung kalinya baginda turun menyantuni rakyat Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya