HomeIsu tempatanOrang ramai dipelawa meriahkan Konsert Gagar Merdeka SabahFM

Orang ramai dipelawa meriahkan Konsert Gagar Merdeka SabahFM

Read Time:1 Minute, 51 Second

Tawau : Orang ramai sekitar daerah ini dipelawa untuk hadir memeriahkan Program Aspirasi Merdeka dan Konsert Gagar Merdeka SabahFM sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan diadakan selama dua hari bermula esok.

Program yang mendapat kerjasama Kerajaan Negeri, Cement Industries Sabah Sdn Bhd, Jetama Sdn. Bhd, Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah itu akan diadakan di Padang Bandaran Tawau.

Konsert Gagar Merdeka SabahFM itu merupakan yang kedua dianjurkan selepas kali pertama berlangsung tahun lalu bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dan Tawau dipilih sebagai lokasi kedua penganjuran Konsert bagi membawa aspirasi kerajaan untuk memeriahkan lagi sambutan dan meningkatkan semangat cinta akan negara.

Program Aspirasi Merdeka yang diadakan dengan kerjasama Kolej Pra-Universiti KPM Tawau itu akan diadakan bermula esok dan dirasmikan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Kuiz kenegaraan secara ‘Fun and learning’, pertandingan RekaCipta STEM: Mengintegrasikan proses rekacipta kejuruteraan ke dalam pembelajaran berasaskan projek dan juga Pertandingan E-Sport iaitu PUBG.

Turut diadakan program hiburan santai dan berinfomasi iaitu Chillx Sama Artis yang mana menampilkan personaliti undangan yang berkongsi kejayaan iaitu Patang Saharin pemilik Klinik Pergigian dan Julezah Amir Bek pelajar cemerlang STPM 2022, Kolej Pra-Universiti KPM Tawau.

Selain itu, program Chillx Sama Artis akan turut dimeriahkan dengan persembahan artis undangan Dabra Sia dan Apiz Pachya sambil diiringi oleh Akademi Muzik Sk. St Patrick, Tawau.

Objektif utama program Aspirasi Merdeka ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan kenegaraan dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan secara tidak langsung membantu pelajar untuk menghadapi peperiksaan terutamanya subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Geografi.

Sementara itu, Konsert Gagar Merdeka SabahFM akan berlangsung pada 9 September ini bertempat di Padang Bandaran Tawau bermula jam 8 malam dengan menampilkan beberapa artis antaranya Stacy, Azlan The Typewriter, Ali XPDC, Ewal Kristal dan Sissy Imann serta artis residen TAWAUfm Siti Zulaiha dan Rizwanlie.

Penganjuran Konsert Gagar Merdeka SABAHfm ini antara lain juga bertujuan mendekati masyarakat setempat khususnya di Tawau untuk memperkenal dan mempromosikan Stesen Radio RTM iaitu SABAHfm dan TAWAUfm.

Konsert ini yang akan disiarkan secara langsung melalui laman sosial Facebook RTM Sabah dan SABAHfm dijangka akan dihadiri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Nizam Datuk Seri Abu Bakar Titingan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya