HomeUtamaGerakan Koperasi memainkan peranan aktif dalam sektor perladangan di Sabah

Gerakan Koperasi memainkan peranan aktif dalam sektor perladangan di Sabah

Read Time:1 Minute, 49 Second

SANDAKAN: Program Memperkasakan Rangkaian Aktiviti Sektor Perladangan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah dan Koperasi Baja Harapan Sabah Berhad telah berlangsung di Sabah Hotel di sini selama dua hari bermula 6 hingga 7 September 2023.

Seramai hampir 100 peserta daripada koperasi perladangan dari seluruh negeri ini menyertai program itu.

Pengarah SKM Sabah Matias Kundapin dalam ucapannya pada majlis perasmian majlis penutupan program tersebut, memberi penekanan kepada kepentingan koperasi dalam memainkan peranan yang aktif di dalam sektor perladangan.

“Program tersebut bertujuan untuk memperkasa struktur koperasi dalam sektor perladangan dan juga
mewujudkan jaringan perniagaan antara koperasi untuk meningkatkan kemahiran dalam aktiviti perladangan.

“Dengan pelaksanaan Dasar Agrikomoditi Negara 2021–2030 (DAKN 2030) oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPPK), koperasi diharapkan dapat memanfaatkan peluang yang ada untuk terus memajukan sektor perladangan.

“Ini termasuk memastikan sektor ini kekal berdaya saing dengan pengaplikasian teknologi terkini yang turut menekankan aspek kelestarian,” katanya.

Menurut Matias, pada tahun 2022, gerakan koperasi di Sabah telah menunjukkan potensi yang memberansangkan dalam sektor perladangan dengan perolehan sebanyak RM242.1 juta, menyumbang sebanyak 42 peratus daripada jumlah keseluruhan turnover koperasi di Sabah.

“Data prestasi gerakan koperasi di Sabah juga mencatatkan sebanyak 1,707 buah koperasi dengan keanggotaan kira-kira 350 ribu orang.

“Selain itu, di dalam program yang diadakan, dua koperasi, Koperasi Keluarga Bohari Labuan Berhad
dan Koperasi Baja Harapan Sabah Berhad, berjaya berkongsi produk-produk pertanian mereka.

“Koperasi-koperasi di Sabah juga digalakkan untuk berkolaborasi dengan agensi kerajaan yang berkaitan dengan sektor perladangan dan agrokomoditi,” katanya.

Matias turut mengajak koperasi di Sabah untuk meluaskan pasaran perniagaan koperasi, dan memanfaatkan teknologi terkini serta mendapatkan bimbingan daripada agensi-agensi terkait. Sekaligus mewujudkan hubungan dan jaringan perniagaan secara kerjasama antara koperasi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan koperasi dalam aktiviti perladangan.

“Diharapkan dengan program ini, gerakan koperasi di Sabah dapat memainkan peranan yang lebih aktif
dalam sektor perladangan dan mengambil peluang yang ada di dalam sektor ini untuk memajukan
ekonomi negeri,” ujarnya.

Turut hadir sama Pengerusi KPSM Daerah Keningau Bhd, Datuk Justin Guka, Pengerusi Koperasi Baja Harapan Sabah Berhad, Steve Lee, Penolong Penguatkuasa Kanan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia Sabah, Adrein Tubong, Pegawai Penyelidik Lembaga Koko Malaysia Amzah Muhammad Aris dan
Penolong Pengarah SKM Wilayah Sandakan, Marni Sulaiman.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular