HomeUtamaMasiung cadang Sabah wujudkan 'visa khas' kepada pelabur asing

Masiung cadang Sabah wujudkan ‘visa khas’ kepada pelabur asing

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Wujud keperluan bagi Sabah memperkenalkan ‘visa khas’ kepada pelabur asing supaya membina lebih banyak pengkalan industri di negeri ini.

Cadangan itu disuarakan oleh, Pengerusi Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd, Datuk Masiung Banah, sebagai langkah drastik meningkatkan ekonomi Sabah.

Selain skim ‘visa khas’ Kerajaan Negeri juga boleh menawarkan untuk pengurangan cukai perkhidmatan kepada pelabur asing dalam tempoh tertentu.

Menurut beliau, jaringan itu ada kewajarannya bagi membuka ruang lebih luas ke atas pelabur dan sektor korporat asing supaya menjadikan Sabah sebagai lubuk emas menerusi pelan pelaburan strategik jangka panjang.

” Kita cadangkan, supaya Kerajaan Negeri menggunakan kuasa autonomi menawarkan syarat permit kediaman kepada pelabur asing antara lima hingga 10 tahun.

” Visa lima tahun memerlukan dana pelaburan bernilai RM700 juta ke bawah manakala bagi visa 10 tahun, RM700 juta ke atas, ” jelasnya.

Pada masa ini pemegang visa warga asing yang bekerja di negara ini hanya boleh dilanjutkan dari setahun ke setahun.

Wakil Rakyat Kuamut itu berkata, jika kerajaan Sabah bersetuju mengenai cadangan itu, para pelabur dan pemain sektor korporat asing mempunyi keyakinan drastik walaupun berlaku ketidak tentuan politik dalam negara atau negeri.

Beberapa negara maju yang telahpun terbukti berjaya menarik minat pelabur asing menerusi skim visa khas itu ialah Amerika Syarikat, Ireland, New Zealand dan Sepanyol.

Terbaharu yang melaksanakan skim itu ialah Singapura dan Indonesia.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya