HomeIsu tempatanMotosikal Honda ditawarkan kepada penderma bertuah

Motosikal Honda ditawarkan kepada penderma bertuah

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Masyarakat sekitar bandaraya Kota Kinabalu dipelawa untuk hadir menderma darah pada program kempen derma darah Centre Point Sabah (CPS) pada 11 November depan.

CPS dalam satu kenyataan memaklumkan, kempen itu akan menyasarkan sebanyak 1,200 pain darah akan berjaya dikumpulkan selain menawarkan Motosikal HONDA sebagai hadiah utama untuk cabutan bertuah.

Program anjuran bersama CPS dan Lions Club Kota Kinabalu Mandarin itu akan diadakan bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 9.30 malam di Dewan Acara Tingkat Bawah, CPS.

Pengerusi Kempen Derma Darah 2023 Becky Chiu berkata, kempen itu juga adalah bagi menampung kekurangan bekalan darah di hospital-hospital memerlukan.

“Setiap penderma darah juga tidak akan pulang dengan tangan kosong, dimana mereka juga layak menyertai cabutan bertuah di mana mereka berpeluang memenangi motosikal berjenama Honda yang merupakan hadiah utama cabutan bertuah serta beberapa hadiah menarik.

“Tambahan pula, penderma darah yang telah menderma lebih daripada 20 kali juga layak mendapat hamper istimewa berdasarkan siapa cepat dia dapat. Tawaran eksklusif ini terhad kepada penderma awal, menonjolkan komitmen kami untuk mengiktiraf dedikasi individu luar biasa ini yang terus menyumbang untuk menyelamatkan nyawa.

“Kami menjemput semua orang untuk menyertai kami pada 11 November, kerana bersama-sama kita boleh membuat perubahan dan menyelamatkan nyawa yang tidak terkira banyaknya,” katanya.

Acara ini terbuka kepada semua individu yang bersedia untuk menderma darah dan menyumbang kepada usaha menyelamatkan nyawa ini.

Penyertaan anda boleh membawa perubahan antara hidup dan mati bagi seseorang yang memerlukan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai kempen derma darah CPS, orang ramai boleh mengikuti laman Facebook rasmi pusat beli-belah itu. Untuk sebarang urusan penajaan Kempen Derma Darah CPS, orang ramai boleh menghubungi talian 011-741 287845 atau 019-7988900. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pameran Petak Pertama langkah permulaan Alumni ASTiF UMS dalam industri seni

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya