HomeUtamaSabah alu-alukan kunjungan Doulos Hope, Pesta Buku Terapung Antarabangsa

Sabah alu-alukan kunjungan Doulos Hope, Pesta Buku Terapung Antarabangsa

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Sabah mengalu-alukan Doulos Hope, Pesta Buku Terapung Antarabangsa yang akan berlabuh di Jeti Selatan Pelabuhan Kota Kinabalu selama dua minggu bermula 9 September ini.

“Kami berbesar hati kerana anda melawat kami lagi sejak lawatan terakhir anda ke Kota Kinabalu ketika salah satu kapal anda, Logos Hope, berlabuh di sini pada tahun 2011. Kami gembira setiap kali pesta buku terapung antarabangsa ini datang ke pantai kami, dan sememangnya ia acara yang sentiasa dialu-alukan.

“Terima kasih kerana memilih Kota Kinabalu sekali lagi. Saya berharap pelawat yang datang menaiki Doulos Hope akan menemui lebih 2,000 koleksi buku yang ditawarkan termasuk sains, perubatan, seni, bahasa, kepercayaan, hobi, memasak, sukan, teks akademik, antara lain yang sangat bermanfaat,” katanya.

Ketua Menteri juga turut menjemput krew Doulos Hope, yang terdiri daripada warganegara dari pelbagai negara, untuk meneroka Sabah selama dua minggu mereka di sini.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew yang juga mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada majlis pembukaan rasmi lawatan MV Doulos Hope hari ini turut menyuarakan harapan agar MV Doulos Hope, sebuah pesta buku terapung antarabangsa itu akan mengunjungi Sabah dengan lebih kerap.

Pengarah Urusan Doulos Hope, Mark Knight (kanan) menyampaikan foto Doulos Hope dengan visinya “Berkongsi Pengetahuan, Bantuan dan Harapan dengan Masyarakat di seluruh Dunia” kepada Christina sambil diperhati dari kiri ialah Pengerusi Lembaga NGO Malaysia Albert Teh dan Master of Doulos Hope, Kapten James (Tom) Dyer.Foto ihsan KePKAS

“Tiket ke pesta buku itu telah habis terjual, ini menandakan sambutan orang ramai amat menggalakkan,” katanya kepada Pengarah Urusan Doulos Hope, Mark Knight.

Menurut Christina, dia menaiki MV Doulos (1977-2009), kapal pertama di bawah armada GBA Ships, sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang berpangkalan di Jerman, semasa pesta buku terapung antarabangsa ketika itu melawat Kota Kinabalu.

“Saya membeli banyak buku yang telah saya wariskan kepada anak dan cucu saya,” katanya.

Doulos Hope, kapal kelima, telah dilancarkan pada tahun ini dan menempatkan sehingga 146 anak kapal. Perkataan “Doulos” adalah bahasa Yunani, dan secara tradisinya diterjemahkan sebagai “Hamba”, menjadikan Doulos Hope sebagai “Hamba Harapan”.

RELATED ARTICLES
Utama

Lima ahli kebuniti tempatan terima Set Teknologi Greenkit MARDI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular