HomeUtamaFulbright Macee pupuk pemahaman silang budaya, kerjasama global lebih baik

Fulbright Macee pupuk pemahaman silang budaya, kerjasama global lebih baik

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Program Fulbright kendalian Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-Amerika (MACEE) mampu membantu memupuk persefahaman silang budaya dan kerjasama global.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata pertukaran pendidikan sentiasa berubah dalam keadaan dunia yang sentiasa mencabar.

“Pada masa hubungan antarabangsa kadangkala boleh tegang, program seperti Fulbright dan organisasi seperti MACEE berdiri sebagai simbol harapan, perpaduan dan persahabatan,” katanya.

Beliau berkata pada majlis sambutan ulang tahun ke-60 MACEE di Universiti Kolej Yayasan Sabah (UCSF) di sini hari ini. Teks ucapannya dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif.

Hajiji berkata, program Fulbright yang dimulakan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada 1946 menjadi mercu tanda harapan dan peluang untuk ramai individu di seluruh dunia. 

“MACEE memainkan peranan penting dalam memudahkan usaha ini dan program Fulbright yang merangkumi intipati kerjasama antarabangsa, merentasi sempadan geografi dan memupuk hubungan yang dibina berdasarkan pengetahuan, rasa hormat dan nilai bersama.

“Program ini juga memperkasa rakyat Malaysia yang berbakat untuk melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat, memperoleh kepakaran yang tidak ternilai dalam pelbagai bidang sebelum pulang ke tanah air membawa pengetahuan dan perspektif baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut memuji peranan penting yang dimainkan MACEE dalam menghubungkan warga Malaysia yang bercita-cita tinggi dengan rakan sejawat Amerika dalam memberikan bimbingan dan sokongan serta memupuk semangat kemasyarakatan.

“Komitmen MACEE terhadap kecemerlangan dan usaha gigih dalam mempromosikan pertukaran pendidikan adalah terpuji, syabas dan tahniah.

“Saya menggalakkan semua pihak untuk terus menyokong dan memperjuangkan pertukaran pendidikan, marilah kita berusaha untuk memupuk generasi pemimpin, ulama dan inovator yang akan merapatkan jurang dan membentuk masa depan yang lebih cerah untuk Malaysia dan dunia.

“Penghormatan diberikan kepada legasi Fulbright MACEE dalam memastikan impaknya berterusan untuk generasi akan datang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular