HomeIsu tempatanBBKK mahu tambah baik projek 'Easy Pipe Filter'

BBKK mahu tambah baik projek ‘Easy Pipe Filter’

Read Time:1 Minute, 41 Second

Tamparuli : Meskipun hanya menduduki tempat kedua dan mendapat People’s Choice Award pada pertandingan Innovathon baru-baru ini tidak mematahkan semangat kumpulan ‘Boleh Bah Kalau Kau’ (BBKK) untuk terus menambah baik projek yang dilaksanakan.

Kumpulan yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli itu menjalankan projek kajian, penambahbaikan dan ujian inovasi Penapis Air Graviti (Easy Pipe Filter), di sekolah mereka.

Sebelum ini kumpulan berkenaan telah menyertai pertandingan Innovathon anjuran pihak Astro dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Kuala Lumpur pada 26 hingga 27 Jun lalu namun hanya mendapat tempat kedua, dan People’s Choice Award Episod 4.

Atas kesungguhan mereka, kumpulan itu menerima sumbangan berupa wang tunai dari kepimpinan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini baru-baru ini.

Mewakili kepimpinan menyampaikan sumbangan tersebut ialah Ketua Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tamparuli, yang juga Pemaju Mukim dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tamparuli, Rizkam Wenddy Yabin.

“Walaupun mereka tidak berjaya ke peringkat akhir, namun semangat yang ditunjukkan adik-adik ini perlu kita sokong bagi membolehkan mereka meneruskan kreativiti dan inovasi mereka bagi tujuan membantu masyarakat Sabah, khususnya di Tamparuli, terutamanya yang mengalami masalah kekurangan air bersih,”katanya.

Pada majlis singkat tersebut, Rizkam turut menyampaikan salam daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Jahim Jahim.

Sementara itu, Ketua Kumpulan BBKK, Ernest Kelly Subin, berkata, kumpulan mereka telah menghasilkan projek inovasi Easy Pipe Filter, yang bakal memudahkan penduduk kampung di Sabah, yang sering mengalami masalah paip tersumbat semasa hujan dan menyebabkan bekalan air terputus.

“Bagaimanapun, kami tidak berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan baharu-baharu ini, yang mana membolehkan kami untuk memasang penapis air ini di seluruh Sabah,” katanya.

Justeru, katanya, dengan adanya sumbangan tersebut, maka dapatlah mereka meneruskan usaha ke arah menambah baik projek inovasi Easy Pipe Filter mereka, sebelum dapat dipasang ke mana-mana kampung yang memerlukannya kelak.

Turut sama menyumbang kepada kumpulan tersebut ialah Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Laluan masuk jejantas Skybridge ke Centre Point dibuka kepada awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya