HomeUtamaMej Jen Malek Razak Sulaiman, Panglima 5 Divisyen yang kelima

Mej Jen Malek Razak Sulaiman, Panglima 5 Divisyen yang kelima

Read Time:49 Second

PUTATAN: Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A Wahab telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada Mejar Jeneral Malek Razak Sulaiman sebagai Panglima 5 Divisyen yang kelima.

Majlis Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 5 Divisyen telah diadakan di Padang Kawad Rejimen Keenam Artileri DiRaja, Kem Lok Kawi di sini hari ini.

Acara dimulakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa disaksikan oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Md Lepi.

Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 5 Divisyen ini terdiri daripada 4 Detasmen melibatkan seramai 15 Pegawai dan 357 anggota diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Kelapan Rejimen Sempadan, Leftenan Kolonel Alias Ismail.

Manakala Pancaragam yang mengiringi perbarisan ini adalah daripada gabungan Rejimen Askar Melayu Diraja dibawah Pimpinan Dram Mejor, Sarjan Mohammad Shahril Saharudin.

Turut hadir dalam perbarisan ini adalah Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Hassan Embong, Panglima 5 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Sobirin Mohd Yusof, Panglima 13 Briged, Brigedier Jeneral Hashim Osman serta Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat.

RELATED ARTICLES
Utama

25 pendaki sertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu Coalition Duchenne kali ke-12

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular