HomeUtamaHospital Kluster langkah tingkah efisiensi perkhidmatan kesihatan di Sabah

Hospital Kluster langkah tingkah efisiensi perkhidmatan kesihatan di Sabah

Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu : Inisiatif pelaksanaan hospital kluster diharap akan dapat meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kesihatan di Sabah khususnya di kawasan luar bandar.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, inisiatif yang diperkenalkan itu adalah sebagai satu langkah bagi meningkatkan lagi efisiensi perkhidmatan di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, pelaksanaan inisiatif itu adalah dengan kolaborasi dua atau lebih hospital-hospital berpakar dan hospital-hospital tanpa pakar di lokasi geografi yang sama bagi membentuk satu kluster.

Menurutnya, perkhidmatan hospital kluster dilaksanakan melalui perkongsian dan mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber dalam hospital yang terlibat.

“Jika dilihat melalui garis masa, Hospital Kluster Zon Kota Kinabalu telah bermula sejak tahun 2018 dengan kolaborasi antara Hospital Queen Elizabeth (HQE) selaku lead hospital (LH) bersama tujuh buah non-lead hospital (NLH).

“Antara hospital terlibat ialah Hospital Queen Elizabeth II (HQEII), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Hospital Mesra Bukit Padang (HMBP), Hospital Papar, Hospital Ranau, Hospital Kota Belud dan Hospital Tuaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Penghargaan Pesara 2023 Hospital Kluster Zon Kota Kinabalu di sini hari ini.

James yang juga Exco Kesihatan Sabah berkata, misi utama pembentukan kluster ini adalah untuk mengurangkan kadar penghuni katil (BOR) di lead hospital dan meningkatkan BOR di non-lead hospital. 

Katanya, kolaborasi ini juga bertujuan meningkatkan tahap kompetensi antara doktor dan paramedik yang bertugas di non-lead hospital, di samping berkongsi sumber dan fasiliti perubatan antara  hospital kluster.

Dalam pada itu, James berkata, ekspektasi masyarakat terhadap perkhidmatan kesihatan kini semakin tinggi dan ia memerlukan semua pihak melaksanakan pembaharuan yang berterusan supaya ianya sentiasa responsif dalam memenuhi keperluan kesihatan masyarakat.

“Justeru, seiring dengan misi dan visi KKM dan JKNS, semua pihak harus memberikan penekanan kepada aspek ‘character building’ dengan cara menambahkan ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan juga mengamalkan nilai-nilai murni serta ciri-ciri peribadi yang positif,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat delegasi US-ASEAN Business Council

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular