HomeUtamaPertunjukan bunga api antara tarikan sambutan Hari Malaysia

Pertunjukan bunga api antara tarikan sambutan Hari Malaysia

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Pertunjukan bunga api menjadi antara tarikan yang bakal memeriahkan lagi Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah di Padang Merdeka, Sabtu ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, pertunjukan itu adalah acara kemuncak di antara persembahan lain yang telah dirancang bagi memeriahkan sambutan Jubli Intan Hari Malaysia Ke-60 tahun ini.

“Satu persembahan yang unik dan menarik daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) merangkumi lima segmen persembahan dengan segmen finale Madani juga akan dipersembahkan. 

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew

“Selain itu, turut diadakan sesi penyerahan Jalur Gemilang oleh Ketua Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin sebagai simbolik berakhirnya konvoi tersebut bagi tahun ini,” katanya kepada media selepas Sesi Temu Bual Program Kami Bah Ini (KBI) di Studio TV RTM Sabah, di sini semalam.

Christina yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 berkata, pelbagai program berunsur kenegaraan telah disusun bagi memupuk serta menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara.

“Antaranya pameran Arkib Negeri Sabah yang bertempat di International Technology and Commercial Centre (ITCC) Penampang, Instalasi Komuniti Seni di Balai Seni Lukis Sabah dan Majlis Bacaan Tahlil di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang,” katanya.

Beliau berharap seiring tema ‘Malaysia Madani, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’,  sambutan jubli intan tahun ini memberikan makna yang besar dalam menzahirkan inspirasi serta harapan rakyat ke arah mencapai kesejahteraan dan kemakmuran.

RELATED ARTICLES
Utama

51 rumah setinggan dirobohkan, 6 PTI ditangkap

Buaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular