HomeIsu tempatanDBKK laksana kempen pengurangan penggunaan beg plastik secara berfasa

DBKK laksana kempen pengurangan penggunaan beg plastik secara berfasa

Read Time:2 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan kempen pengurangan penggunaan beg plastik secara berfasa termasuk menambah bilangan hari kempen pada tahun depan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, inisiatif bagi merancakkan semula kempen berkenaan dengan tema ‘Bawa Beg Bah’ adalah bagi memberi kesedaran kepada penguna bahawa bumi kini semakin sakit.

Justeru katanya, pengguna perlu mengubah cara hidup untuk memelihara bumi dengan menerusi tindakan yang kecil dengan mengurangkan penggunaan beg plastic konvensioanl serta menggalakkan amalan hijau.

“Usaha ini juga selaras dengan  langkah Kerajaan Negeri Sabah untuk menguatkuasakan  Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal 2020 dan  menyokong Hala Tuju SMJ di bawah elemen Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau dan berada pada landasan Matlamat Pembangunan Lestari 12:Tanggungjawab Terhadap Penggunaan dan Pengeluaran Lestari.  

“Kempen ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada fasa  pertama sebanyak 33 premis akan terlibat; fasa kedua yang akan dilaksanakan pada November dengan penglibatan pasaraya akan  menyertai kempen ini.

“Bagi fasa  ketiga pula, akan  direalisasikan pada Januari  2024 yang  memfokuskan premis dalam bidang kesihatan  dan  penjagaan diri.  Pada tahun yang sama di bulan April 2024, iaitu fasa ke empat, kita menjangkakan lebih banyak premis akan  menyertai kempen ini dari rangkaian premis makanan,  restoran, kedai aksesori dan pakaian.

“Akhir sekali , fasa  kelima, dijangkakan penambahan bilangan hari kempen  dimana kempen ini akan dilaksanakan setiap hari,” katanya ketika berucap melancarkan kempen pengurusangan penggunaan beg plastik ‘bawa beg bah’ di sini semalam.

Noorliza berkata, seiring dengan kemajuan teknologi, pengguna tidak seharusnya mengabaikan penjagaan alam  sekitar dan keseimbangan ekosistem bumi.

Katanya, kelalaian pengguna dalam memastikan alam sekitar terus terpelihara dikhuatiri akan membawa kesan yang memudaratkan  terhadap kesihatan manusia; seterusnya mampu  menggugat ekonomi negara dalam jangka masa panjang. 

“Pertambahan penggunaan bahan berasaskan plastik  seperti beg plastik, penyedut minuman dan lain-lain telah  menyebabkan lambakan plastik secara tidak terkawal di  bandaraya kita.

“Bahan ini seperti yang semua sedia  maklum mengambil masa selama 100 hingga 500 tahun  untuk lupus (terbiodegrasi) secara semulajadi, manakala  bahan toksik pula mudah larut dan meresap ke bumi.

“Kejadian ini sememangnya mampu menjejaskan rantaian  makanan kita, seterusnya menjadi ancaman utama  kepada alam sekitar dan tahap kesihatan manusia.  Oleh itu, saya menyeru kepada semua untuk turut bersama-sama memainkan peranan dalam  mengurangkan perkara ini daripada terus menjadi  amalan yang tidak sihat,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular