HomeUtamaSPRM Sabah tahan bekas pengurus kanan GLC kemuka tuntutan palsu

SPRM Sabah tahan bekas pengurus kanan GLC kemuka tuntutan palsu

Read Time:39 Second

TAWAU: Seorang bekas Pengurus Kanan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM26,000 antara November 2017 hingga Januari 2018.

Menurut sumber, dalam tuntutan itu, suspek yang berusia 40-an itu dipercayai mengarahkan sebuah syarikat untuk menjalankan kerja-kerja penggantian tiga jenis paip di sebuah kilang berasaskan produk minyak sawit sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.

“Suspek dipercayai telah ditahan di pejabat SPRM Cawangan Tawau kira-kira jam 10.30 pagi tadi dan dilepaskan dengan jaminan berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, suspek akan dituduh esok (13 September 2023) di Mahkamah Khas Rasuah Tawau.

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat terapung ditemui di sungai Kg Iban Merotai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular