HomeIsu tempatanKanak-kanak lelaki dan bayi maut dalam kemalangan jalan raya di Semporna

Kanak-kanak lelaki dan bayi maut dalam kemalangan jalan raya di Semporna

Read Time:1 Minute, 18 Second

SEMPORNA: Seorang kanak-kanak lelaki dan seorang bayi berusia tiga bulan maut dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan pertembungan dua buah kenderaan di kilometer 24 Jalan Semporna – Tawau pada Isnin (11 Sept).

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kemalangan maut tersebut melibatkan dua buah kenderaan jenis Proton Saga dengan sebuah Toyota Hilux pada jam 1.50 petang semalam.

“Pelanggaran berlaku disebabkan oleh Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan telah masuk ke lorong jalan Proton Saga. Hilux dari arah Tawau ke Pekan semporna manakala Proton dari Pekan Semporna ke arah Tawau.

“Pemandu Proton Saga yang berusia 34 tahun dan seorang penumpang dewasa mengalami cedera parah manakala dua penumpang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun termasuk seorang bayi berusia tiga bulan meninggal dunia.

“Pemandu Toyota yang berusia 44 tahun itu mengalami cedera parah manakala seorang penumpang perempuan dewasa dan empat kanak kanak tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Farhan, kes
disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 yang memperuntukan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM50,000 disabit kesalahan.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada sesiapa yang ada sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik IPD Semporna Inspektor Hemkkumar A/L Ayathuray di talian 012-3650021, dan di talian 089-782020 balai polis Semporna atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Dinasihatkan kepada semua pengguna jalanraya supaya memandu dengan lebih cermat dan berhati-hati di kawasan kerap berlaku kemalangan,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pameran Petak Pertama langkah permulaan Alumni ASTiF UMS dalam industri seni

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya