HomeUtamaPenjawat awam negeri terima bantuan khas RM300

Penjawat awam negeri terima bantuan khas RM300

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Penghargaan (BKP)  Penjawat Awam Negeri sebanyak RM300 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri.

Perkara itu dinyatakan dalam pekeliling perkhidmatan negeri Sabah bilangan sembilan 2023 yang ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Safar Untong bertarikh 5 September lalu.

Pekeliling itu memaklumkan, pembayaran BKP Penjawat Awam Negeri akan mula dibayar pada 25 September ini.

“Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jemaah Menteri Siri 13/2023 pada 30 Ogos 2023 telah bersetuju untuk memberikan BKP Penjawat Awam Negeri sebanyak RM 300 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri.

“BKP ini adalah bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada Penjawat Awam Negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat,” menurut pekeliling itu lagi.

Pembayaran BKP Penjawat Awam Negeri layak diberikan kepada semua   Pegawai   Perkhidmatan   Awam   Negeri   yang   masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023.

Antaranya, pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS); pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji;  pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

BKP Penjawat Awam Negeri sebanyak RM 300 turut dipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada  10 Ogos 2023 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

Selain itu, pegawai lantikan politik yang berkhidmat di Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat; dan Pegawai Kerajaan lantikan vot terbuka. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

2 Individu Termasuk Penjawat Awam Disyaki Buat Tuntutan Palsu Ditahan SPRM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular