HomeUtamaBekas pengurus kanan kilang di dakwa di mahkamah, kes tuntutan palsu

Bekas pengurus kanan kilang di dakwa di mahkamah, kes tuntutan palsu

Read Time:1 Minute, 31 Second

TAWAU: Seorang bekas pengurus kanan kilang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini, hari ini, membabitkan tiga pertuduhan kes tuntutan palsu berjumlah RM25,510 antara November 2017 hingga Januari 2018.

Tertuduh, Hasnawi Dawi, 48, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Jason Juga.

Mengikut ketiga-tiga kertas pertuduhan, tertuduh telah didakwa melanggar tatacara pengurusan kewangan Peruntukan Alat Ganti/Alat Tulis (Senggaraan) yang pada ketika itu tertuduh adalah sebagai Pengurus Kanan Gred 6 di Sahabat Oil Products, FGV Refineries Sdn. Bhd, iaitu pertuduhan pertama pada 11 Disember 2017, dengan curangnya tertuduh telah melepaskan harta itu iaitu wang berjumlah RM9,000.00 bagi kerja-kerja Penggantian Insulation Pipeline Pump 622, manakala pertuduhan kedua pada 19 Januari 2018,dengan curangnya telah melepaskan harta itu iaitu wang berjumlah RM7,500.00 bagi kerja-kerja Penggantian Insulation Pipeline Pump 2622, dan pertuduhan ketiga pada 30 November 2017 dengan curangnya tertuduh telah melepaskan harta itu iaitu wang berjumlah RM9,010.00 bagi kerja-kerja Membekal dan Menyediakan Tenaga Kerja, Bahan Serta Pengangkutan untuk Membuat Kerja- Kerja Menggantikan Lantai 1st Floor Bangunan Plant yang reput di dalam Kawasan Kilang FVOPSB-Sahabat Oil Products.

Ketiga-tiga perbuatan tersebut dilakukan di Pejabat Sahabat Oil Products, FGV Refineries Sdn. Bhd, di dalam Daerah Lahad Datu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Norsham Saharom, manakala tertuduh diwakili peguam dari Chang & Kamaruddin Co.

Ketiga-tiga pertuduhan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 Kanun yang sama.

Mahkamah telah menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 dan RM3,000 didepositkan ke akaun mahkamah untuk kesemua pertuduhan beserta seorang penjamin tempatan.

Manakala, tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan serta dikehendaki melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap dua bulan sekali dan pasport antarabangsa diserahkan kepada Mahkamah.

Mahkamah juga menetapkan tarikh
sebutan, PTCM Sek. 51(A) CPC pada 17 Oktober 2023.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah hargai keprihatinan Kerajaan Persekutuan bantu tingkat keterjaminan makanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular