HomeUtamaSESB buat laporan polis isu bil tinggi

SESB buat laporan polis isu bil tinggi

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) memandang serius isu berkaitan bil elektrik yang didakwa terlampau tinggi yang melibatkan penduduk Kampung Kulambai, Kampung Kuala Abai dan Kampung Kulambai Dundau, Kota Belud baru-baru ini.

Satu laporan polis telah dibuat oleh SESB pada 13 Sept, 2023 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud untuk tujuan menjalankan siasatan lanjut mengenai isu tersebut kerana khuatir kemungkinan wujud salah laku dan perbuatan yang melanggar undang-undang daripada pihak-pihak tertentu.

Ketua Pegawai Eksekutif Ir.Ts.Mohd Yaakob Jaafar berkata SESB juga dalam proses mengambil tindakan undang-undang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan susulan kepada pihak berkuasa.

Pada masa yang sama, SESB sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut dalam usaha memastikan tidak berulang.

“SESB turut mempertimbangkan untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya wujud elemen rasuah berhubung perkara ini”, katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Mohd Yaakob turut menegaskan bahawa SESB tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk pekerja SESB sekiranya didapati terlibat dalam perbuatan salah guna kuasa yang membawa kepada ketirisan bekalan elektrik dan membebankan pelanggan.

Menjadi keutamaan SESB bagi memastikan kepentingan setiap pelanggan terpelihara sepanjang masa, iaitu menjamin bekalan eleketrik secara berkualiti dan hanya dikenakan bil yang sewajarnya.

SESB juga mengalu-alukan orang ramai agar memberikan maklumat dan maklum balas untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan elektrik selari dengan dasar SESB dan Kerajaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Negeri sokong penuh pindaan Ordinan Buruh Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya