HomeUtamaPameran Hari Malaysia perlu diadakan setiap tahun - Christina

Pameran Hari Malaysia perlu diadakan setiap tahun – Christina

Read Time:1 Minute, 21 Second

PENAMPANG: Pameran Hari Malaysia perlu diadakan setiap tahun sempena sambutan tahunan memperingati Hari Malaysia, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Beliau mencadangkan demikian selepas merasmikan Pameran Hari Malaysia 2023 ke-60 dengan tema “Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Teknologi & Komersial Antarabangsa (ITCC) di sini pada Selasa.

Christina berkata, pameran itu merupakan satu inisiatif yang baik di pihak Jabatan Arkib Negeri. Justeru, saya menggalakkan generasi muda melawat gerai-gerai pameran sejarah North Borneo (kini Sabah) dan Malaysia.

“Mereka mesti tahu dan faham sejarah kelahiran Malaysia dan bagaimana Sabah mencapai Kemerdekaan pada tahun 1963, dan kemudiannya membentuk Persekutuan Malaysia, bersama-sama dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pameran itu.

Menurut Christina, pameran yang berlangsung sehingga 16 Sept ini bermula dari jam 10 pagi hingga 9 malam setiap hari, turut mengetengahkan inisiatif Kerajaan Sabah Maju Jaya (SMJ), selain peranan, fungsi dan program 10 kementerian negeri termasuklah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar serta Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan.

Beliau turut diiringi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Datuk Dr Ahemad Sade yang mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri, dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pameran Shirley Sion.

Dalam pada itu, Christina turut meninjau gerai-gerai pameran daripada Jabatan Ketua Menteri (JKM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Jabatan Arkib Negeri, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Perhutanan, Jabatan Percetakan, Jabatan Keretapi Negeri dan lain-lain.

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular