Seminar penyelidikan FPEP platform perkukuh perkembangan akademik

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:53 Second

Kota Kinabalu:  Seminar penyelidikan anjuran Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini mampu memberi manfaat dalam memperkukuh perkembangan bidang akademik.

Pengarah Pusat Perakaunan FPEP, Jainurin Justine berkata, seminar itu juga memberikan peluang kepada kakitangan akademik UMS dalam bidang perakaunan untuk membentangkan hasil penyelidikan akademik.

“Selain peserta dari UMS, penyertaan seminar ini juga melibatkan beberapa institusi pengajian tinggi tempatan antaranya Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor; Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); University College Sabah Foundation (UCSF) dan Universitas Andalas Indonesia.

“Sebanyak 16 kertas kerja telah dibentangkan oleh kakitangan dan pelajar sarjana FPEP dan universiti-universiti tempatan yang terlibat.

“Para peserta juga dapat mengambil kesempatan untuk bertukar idea dan pandangan dalam bidang penyelidikan khususnya bidang perakaunan,” katanya dalam satu kenyataan bersempena dengan seminar tersebut.

Beliau turut berharap agar seminar itu menjadi medium dalam penyampaian ilmu yang bermanfaat khususnya dalam bidang akademik dan masyarakat luar.

Seminar kali ketujuh yang diadakan sejak tahun 2017 itu disertai seramai 28 peserta dan dijalankan secara hibrid melalui aplikasi Cisco Webex, dan fizikal bertempat di Smart Class Room, FPEP.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *