HomePendapatBERNAS Tanya Kerajaan Dahulu Tak Sebelum umum naikkan Harga ?

BERNAS Tanya Kerajaan Dahulu Tak Sebelum umum naikkan Harga ?

Read Time:3 Minute, 51 Second

oleh muda muhammad

Dalam sebulan ini, semua orang bercakap soal beras. Beras naik harga dan sudah mahal. Semua jari dituding kepada India kerana menyekat eksport beras. Benarkah harga ini naik kerana salah India? Kenapa kenaikan itu tinggi sangat, bincang dahulu tak dengan kerajaan sebelum ianya diumumkan?

Mulai 1 September 2023, Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) telah menyelaraskan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan. Bezanya adalah RM850, tinggi sangat tu. BERNAS sebagai pengimport tunggal beras di Malaysia memberikan alasan mahu seimbangkan dengan harga antarabangsa.

“langkah pelarasan itu juga sejajar dengan harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa” ujar BERNAS. Apakah negara-negara lain yang makanan ruji rakyatny adalah nasi, naik sampai begitu sekali harga berasnya? BERNAS kena bentangkan kajian perbandingan kepada rakyat, jangan main sebut sahaja.

Masalahnya yang paling besar, apakah BERNAS memaklumkan terlebih dahulu kepada kerajaan (kementerian dan juga kabinet) sebelum kenaikan harga ini diumumkan? Tidak dengar sebarang angin atau berita pun akan ada kenaikan, yang umum terlebih dahulu ini nampaknya adalah dari pihak BERNAS.

Ini kerana lesen untuk BERNAS mengimport beras diberikan oleh kerajaan. Sebelum membuat sesuatu keputusan, perlu rujuk dahulu kepada kerajaan. Ada juga syarikat lain yang diberikan lesen pengimport sesuatu produk oleh kerajaan, mereka rujuk, semak dan bincang dahulu dengan pihak kerajaan sebelum membuat sebarang keputusan. Bila harga beras naik, yang kena maki adalah kerajaan bukannya BERNAS.

Semasa lesen BERNAS ini hendak tamat, ada dua orang Profesor ini menulis mempertahankan BERNAS dalam satu artikel bertajuk Kekalkan peranan Bernas import beras” di Utusan. Bermacam hujah diberikan untuk pertahankan BERNAS, cekap la, terbukti tiada masalah la dan lain-lain lagi. Kini bila harga beras dah naik ini, mana dia muka dua Profesor ini? Kenapa diam?

“Bila kita tengok industri lain, mereka buka permit import (AP) kepada semua. Barulah kita nampak industri sihat sebab bila ada satu-satu pihak yang monopoli, ia jadikan industri ini tidak sihat.” bukan professor yang bercakap ini. Mereka dari Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia yang bercakap. 

Tiga tahun yang lepas lagi, pada tahun 2020, koordinator Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras Negara (Padi Rescue), Nur Fitri Amir telah cadangkan hak import beras tunggal oleh BERNAS ditamatkan dan kembalikan semula peranan Lembaga Padi dan Beras (LPN) sebagai agensi kerajaan yang tiada kepentingan.

“Tidak seperti komoditi pertanian yang lain seperti cili atau sayur-sayuran, industri ini mesti diuruskan oleh agensi kerajaan atas sebab ia adalah barangan kawalan demi kepentingan pesawah dan pengguna pada waktu normal dan juga waktu krisis.

“Pihak swasta seperti Bernas tidak boleh menguruskan industri kerana mereka mempunyai konflik kepentingan, iaitu mendapat keuntungan yang banyak daripada beras import dan dalam masa sama membeli padi tempatan.”

Kini apa yang disebut oleh Persatuan Pengilang Beras dan Nur Fitri telah jadi kenyataan, BERNAS seolah bertindak sendiri. Malah dalam isu ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut berkata, ada kartel yang membunuh industry ini. Merkea ini akan bertindak dalam senyap tanpa disedari untuk mengawal industri selain meraih keuntungan berganda, sedangkan pesawah terus dihimpit kemiskinan.

Pada 6 September 2023, Sabah mahu monopoli BERNAS ditamatkan. Sabah mahu monopoli import beras yang ketika ini dipegang Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) ditamatkan supaya negeri ini boleh mengimport sendiri bahan makanan ruji itu. Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, import beras seharusnya diurus sendiri negeri ini dengan pendekatan yang lebih rapi berdasarkan landskap sosial dan keunikan geografinya.

“Sudah tiba masanya Sabah bebas daripada kekangan monopoli entiti tunggal yang sudah begitu lama mencorak pasaran tempatan kita” kata Dr Jeffrey Kitingan.

Pada 12 September di parlimen, ada seorang Wakil Rakyat dari Kerajaan mencadangkan agar kerajaan memecahkan monopoli padi dan beras yang dkuasai BERNAS ekoran kekurangan beras tempatan.

“Kaji semula monopoli dalam sektor padi dan beras. Monopoli import beras putih menyebabkan sekuriti makanan negara terletak pada satu-satu syarikat sahaja. Monopoli subsidi oleh Nafas juga menyebabkan semua petani menggunakan sejenis baja yang sama dari Perlis hingga ke Sabah. Kalau kualiti baja tidak berkesan, yang terjejas adalah kesemua 200,000 pesawah itu.” kata Ahli Parlimen tersebut.

Kerajaan Perpaduan perlu kaji balik peranan dan kuasa import tunggal milik BERNAS ini. Jika BERNAS membuat keputusan sendiri dalam menetapkan kenaikan harga beras ini, ianya seolah kuasa veto di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Apakah hanya dengan memanggil “abang” maka BERNAS ingat kuasa veto ini boleh dikekalkan?

Kasihan pada rakyat, mereka menangung kenaikan yang amat drastik. Nasi adalah makan ruji (utama) rakyat negara ini, apakah BERNAS tidak tahu atau pura-pura tidak tahu tentang perkara ini? Era zaman rakyat tidak tahu dan kerajaan boleh berbuat keputusan secara mutlak sudah berlalu, kini rakyat tahu membezakan siapa yang sebenarnya angkara kenaikan mendadak beras di pasaran.

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular