HomeIsu tempatanMaritim Malaysia, JaPen Sabah jalin kerjasama strategik

Maritim Malaysia, JaPen Sabah jalin kerjasama strategik

Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan  Labuan dan Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah menjalin kerjasama strategik dalam hebahan maklumat kepada masyarakat.

Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Siti Norhaini Osli berkata, usaha tersebut antaranya melibatkan penganjuran program bersama JaPen agar Maritim Malaysia lebih dikenali fungsinya kepada orang ramai.

“Kami memerlukan bantuan dan kerjasama dari JaPen Sabah agar satu platform diperolehi untuk membantu dalam menyebar luas fungsi maritim kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjung hormat kepada Pengarah JaPen Sabah di Kompleks Kementerian Komunikasi Digital, di sini semalam.

Dalam kunjungan tersebut, Siti Norhaini turut memaklumkan selain penguatkuasaan undang-undang perairan negara, Maritim Malaysia juga berperanan memberi perkhidmatan koordinasi operasi Carilamat (mencari dan menyelamat) bagi perairan di Sabah dan Labuan.

“Terdapat enam zon maritim yang terdapat di Sabah iaitu di Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Kudat dan Labuan, Maritim Malaysia bertanggungjawab mengawalselia keselamatan di enam zon utama tersebut.

“Dalam mengawal selia undang-undang perairan keselamatan di laut, Maritim Malaysia banyak menangani isu-isu keselamatan seperti rompakan, penyeludupan, pendatang haram, bom ikan, penyeludupan hasil laut, bagang haram dan paling merisaukan adalah pencerobohan nelayan asing yang melibatkan kedaulatan negara,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular