HomeSukanPiala Malaysia : Sabah FC perlu manfaat beraksi di Likas meskipun bermain...

Piala Malaysia : Sabah FC perlu manfaat beraksi di Likas meskipun bermain tanpa empat tonggak utama

Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC akan memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Perak FC di Stadium Likas, Jumaat ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, meskipun bermain tanpa tonggak utama namun beliau tetap yakin pemain sedia ada mampu memberi aksi dan persembahan yang terbaik kepada para penyokong.

Bagaimanapun katanya, para pemain perlu lebih fokus untuk mencatat kemenangan penting pada perlawanan itu selain perlu berhati-hati berikutan Perak pernah mencipta kejutan menyingkirkan Kedah selaku pasukan pilihan pada Pusingan 16 Piala Malaysia bulan lalu.

Datuk Ong Kim Swee

“Pemain Sabah FC perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri meskipun tanpa kelibat beberapa pemain utama seperti Stuart John Wilkin; Darren Lok; Daniel Ting dan Dominic Tan.

“Para pemain tidak boleh mengambil mudah atau selesa ketika beraksi di Stadium Likas kerana mereka perlu mendapatkan bekalan mencukupi untuk aksi timbal balas di Stadium Perak kelak,” katanya.

Stuart John Wilkin; Darren Lok; Daniel Ting dan Dominic Tan menyertai pasukan Kebangsaan dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 baru-baru ini sebelum ke Pesta Bola Merdeka 2023 bulan depan.

Mengulas ketiadaan empat tonggak utama ini Kim Swee berkata, setakat ini tidak banyak perbezaan berikutan pemain telah melalui proses latihan daripada awal tahun sehingga hampir penghujung tahun.

“Kita mempunyai percaturan penting jumaat ini dengan meletakkan beberapa pemain lain yang telah lama tidak diturunkan.

“Mereka akan mengalas tugas penting jumaat ini. Apa yang penting mereka perlu bermain secara ‘Team Work’ sekali gus menunjukkan komitmen tinggi dalam perlawanan ini nanti,” katanya.

“Jadi daripada segi persiapan dan taktikal saya tidak nampak kita akan mempunyai banyak masalah walaupun dengan ketiadaan beberapa pemain lain yang terlibat bersama pasukan kebangsaan.

“Apa yang penting beberapa pemain yang menyertai latihan bersama pasukan kebangsaan dapat mengekalkan kecergasan mereka kerana selepas ini ada beberapa perlawanan yang penting termasuk AFC,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

280 peserta sertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular