HomeUtamaJBPM anugerahkan pangkat kehormat kepada 7 individu di Sabah

JBPM anugerahkan pangkat kehormat kepada 7 individu di Sabah

Read Time:1 Minute, 40 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menganugerahkan pangkat kehormat Penolong Pesuruhjaya Bomba kepada tujuh individu di negeri ini.

Antara yang menerima ialah Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Datuk Noor Alam Khan A. Wahid Khan yang dipakaikan tanda pangkat (kehormat), menerima sijil pangkat kehormat serta tongkat kuasa oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin di Ibu Pejabat JBPM Sabah, di sini semalam

Penganugerahan kemudian disusuli oleh Setiausaha Sulit Kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Datuk Abinan Asli,  Pengarah Urusan TCT Trading Datuk Tan Kar Leong, Ketua Pegawai Eksekutif Bataras Sdn Bhd, Goh Thian Teck dan Pengurus Besar Hap Seng Properties Development Sdn Bhd Joanne Wendy Chung. 

Turut menerima pangkat kehormat sama ialah Pengurus Besar Adabi Sabah Distribution Sdn Bhd, Muhammad Zahari Muhammad Nasir dan Pengurus Pembangunan Pemasaran Global PCK Solution Sdn Bhd, Amirah Syaura Rabusah. 

Hadir sama, Pengarah JBPM Sabah, Abdul Razak Muda bersama Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, Elvin Alrick Jilan dan Setiausaha Perhubungan Kepada Tuan Yang Terutama Sabah, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir.

Penganugerahan pangkat (kehormat) terkandung dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Pindaan) di bawah Seksyen 7A sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan JBPM kepada mana-mana individu selain pegawai Bomba yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta mencurahkan khidmat bakti khususnya dalam hal kebombaan dan penyelamatan.

Selain tujuh penerima terbabit, lima individu di Sabah turut dianugerahkan pangkat kehormat masing-masing dalam majlis sama yang diadakan di Dewan Bankuasi Menara Kinabalu, pada Jun lalu.

Mereka terdiri daripada  Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri  Sr. Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin yang dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat); Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shaminan Ag. Sahari dengan Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat); manakala Elvin dan Datuk Mohd Rashid pula  dianugerahkan pangkat Penolong Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).

RELATED ARTICLES
Utama

Projek infrastruktur air dilancar, tingkatkan kualiti dan ketersediaan bekalan air

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular