HomePolitikPakatan Harapan Sabah nafi laporan berita bertajuk “Musa Aman akan ketuai...

Pakatan Harapan Sabah nafi laporan berita bertajuk “Musa Aman akan ketuai PH Sabah?”

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan Sabah amat terkejut dengan satu laporan berita yang bertajuk “Musa Aman akan ketuai PH Sabah?” yang dilaporkan oleh salah satu media portal dan telah tular dalam media sosial baru-baru ini.

Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Datuk Christina Liew, Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, Pengerusi PKR Sabah, Datuk Sangkar Rasam, Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon dan Pengerusi AMANAH Sabah, Lahirul Latigu dalam satu kenyataan media bersama hari ini berkata laporan berita tersebut telah menimbulkan kekeliruan dan kerisauan rakyat.

“Pakatan Harapan Sabah secara sebulat suara menafikan perkara ini dan ianya tidak sesekali dibincang dan diputuskan dalam mana-mana mesyuarat Pakatan Harapan Sabah.

“Pakatan Harapan Sabah mengambil pendirian bahawa mana-mana keputusan mustahak yang berhubung kait dengan mandat dan keyakinan rakyat seharusnya dipertimbangkan, diteliti dan diperhalusi sebulat suara pada peringkat pimpinan Pakatan Harapan Sabah,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Pakatan Harapan Sabah akan bertemu dan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membincang perkara ini termasuk halatuju PH Sabah menjelang pilihanraya negeri yang bakal diadakan nanti.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular