HomeSukanPiala Malaysia : Sabah FC gagal bawa bekalan selesa ke suku akhir...

Piala Malaysia : Sabah FC gagal bawa bekalan selesa ke suku akhir kedua

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC gagal memperoleh bekalan selesa untuk ke perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 apabila sekadar seri 2-2 dengan Perak FC dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Likas, malam ini.

Sabah FC bermula garang dengan mengawal permainan dan melakukan serangan ke kawasan gol Perak FC sebaik wisel pertama ditiup pengadil perlawanan Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah.

Kehebatan tuan rumah mula tercetus pada minit ke-4 apabila penyerang Sabah FC Darren Lok berjaya menanduk masuk bola hasil hantaran Kwang Min Ho menjadikan skuad sang Badak mendahului 1-0.

Tiga minit berselang, pasukan pelawat hampir menyamakan kedudukan menerusi percubaan Muhammad Firdaus Saiyadi pada minit ke-7 namun percubaannya tersasar ke tepi gawang Sabah FC.

Gawang Sabah FC akhirnya bolos selepas ketua pasukan Perak FC Luciano Guaycochea berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma pada minit ke-10 menjadikan kedudukan seri 1-1.

Tersentak dengan gol itu, Sabah FC cuba untuk menambah gol dengan beberapa percubaan namun kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Beberapa saat selepas babak kedua bermula, penyerang Sabah FC Ramon Machado berjaya menanduk masuk bola hantaran Saddil Ramdani pada minit ke-46 menjadikan kedudukan berubah 2-1.

Pasukan pelawat enggan ketinggalan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Wan Zack Haikal pada minit ke-54 selepas menerima bola menerusi sepakan sudut.

Tertekan dengan situasi itu, pemain Sabah mula bertindak agresif bermula 20 minit sebelum masa tamat sehingga lima minit masa kecederaan, namun tetap gagal mencipta sebarang gol.

Peluang diperolehi Sabah melalui serangan demi serangan menjelang penghujung masa permainan hingga mencetuskan beberapa kali situasi cemas di hadapan gawang Perak gagal dimanfaatkan dengan baik.

Kedudukan 2-2 itu kekal sehingga tamat perlawanan dan Sabah FC akan bertemu Perak FC sekali lagi pada aksi suku akhir kedua di Stadium Perak pada 25 September ini. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya