HomeUtamaDr Kasim dilantik semula sebagai Naib Canselor UMS

Dr Kasim dilantik semula sebagai Naib Canselor UMS

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Datuk Dr Kasim Mohd Mansur,62, dilantik semula memegang jawatan itu selepas tempoh perkhidmatan beliau tamat pada 03 Oktober ini.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin menerusi satu catatan yang dimuatnaik di Facebook rasmi beliau di sini hari ini.

“Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu, Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani serta pelantikan semula Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Md Mansur.

“Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh kedua-dua tokoh ini, diharap agar mereka dapat memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang terbaik kepada universiti awam (UA) masing-masing bagi melonjakkan kecemerlangan sektor pendidikan tinggi negara, insya-Allah,” katanya.

Dr Kasim sebelum ini dilantik ke jawatan itu adalah bagi mengantikan Datuk Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin yang tamat tempoh memegang jawatan itu pada penghujung Julai 2022.

Difahamkan tempoh perkhidmatan beliau akan disambung selama dua tahun sehingga 2 Oktober 2025.

Dr Kasim merupakan anak kelahiran Sabah dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dari Indiana State University, Terra Haute, Amerika Syarikat sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang yang sama di University of Wisconsin, Amerika Syarikat.

Beliau juga sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS selama lima tahun dari tahun 2009 hingga 2014.

Selain itu, beliau merupakan seorang tokoh akademik yang sangat disenangi dalam kalangan pegawai dan pelajar UMS.

Di peringkat Negeri Sabah pula, beliau memberi sumbangan yang signifikan kepada rakyat Sabah sebagai Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah dan Ahli Lembaga Institute For Development Studies Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Nurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular