HomeIsu tempatanDPR Transformation Day 2.0 tingkat motivasi pelajar

DPR Transformation Day 2.0 tingkat motivasi pelajar

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu :  Seramai 360 pelajar Program Diploma Pemasaran yang terdiri dari pelajar semester satu hingga lima telah menyertai ‘DPR Transformation Day 2.0’ yang bertemakan ‘Moving Towards Success’ di sini.

Program yang berlangsung di Dewan Rafflesia, Politeknik Kota Kinabalu (PKK) itu adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi semangat para pelajar agar lebih bermotivasi, proaktif dan memupuk sifat untuk sentiasa bersungguh-sungguh.

Selain itu, para pelajar juga dapat komited untuk memajukan diri agar lebih kreatif dan cemerlang, selain menerapkan lagi semangat disiplin diri yang lebih tinggi.

Penyampaian Sijil Anugerah Kecemerlangan Program Diploma Pemasaran kepada 133 pelajar yang telah memperolehi purata nilai mata (PNM) sesi II 2022/2023 melebihi 3.50 dan ke atas telah disempurnakan Ketua Program Diploma Pemasaran Ladvia Ajiu.

Selain itu, penyampaian pelbagai anugerah khas dan wang tunai turut disampaikan kepada 60 pelajar atas pencapaian akademik dan ko-kurikulum oleh para Pensyarah dan Penasihat Akademik masing-masing.

Penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti berkumpulan sepanjang program juga dilihat dapat meningkatkan semangat kerja berkumpulan dan menanam rasa kebersamaan di kalangan pelajar dan pensyarah selain turut membantu pelajar dalam memperbaiki dan mengenal potensi diri yang lebih baik. Turut menyerikan program adalah persembahan khas pelajar dari setiap semester pengajian.

Antara aktiviti lainnya adalah KPro Talk, Tak Kenal Maka Tak Cinta, Let’s Explore PKK, serta pembentangan pencapaian Program Diploma Pemasaran Sesi II 2022/2023.

Program yang diakhiri dengan lafaz ikrar oleh semua pelajar Diploma Pemasaran yang dipimpin oleh pelajar semester lima Fariz Muliadi sebagai menutup tirai program pada sesi kali ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular