HomeIsu tempatanPekerja am ladang sawit maut dibaham buaya

Pekerja am ladang sawit maut dibaham buaya

Read Time:1 Minute, 17 Second

LAHAD DATU: Seorang pekerja am ladang sawit maut dipercayai dibaham buaya ketika sedang menangkap ketam bersama tiga rakannya di kawasan perairan Kampung Tinagian, Tanjung Labian dekat sini pada awal pagi Rabu (20 Sept).

Mangsa seorang lelaki warga asing berumur 23 tahun, mayatnya ditemukan dalam keadaan tertiarap di tepi pantai dengan kesan gigitan dan calar di bahagian tangan, kepala dan badan pada jam 7.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, kejadian yang berlaku pada awal pagi itu, ketiga-tiga rakan melihat mangsa dibaham buaya dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku terlalu pantas sebelum mangsa hilang dari kawasan berkenaan.

“Seterusnya, pada jam lebih kurang 7.20 pagi, mayat mangsa telah ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi pantai berhampiran Pos Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kampung Tanjung Batu.

“Semasa mayat mangsa ditemui terdapat kesan gigitan iaitu di bahagian lengan kiri dan kepala serta mempunyai kesan calar di bahagian dada serta di belakang leher dan punggung mangsa.

“Sepasukan polis dari Balai Polis Kencana tiba di lokasi sebelum membawa mayat mangsa ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Dr. Rohan Shah, satu siasatan laporan mati mengejut telah dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu berhubung dengan kejadian ini.

Beliau turut menasihatkan kepada masyarakat Lahad Datu terutamanya yang menjalankan aktiviti di laut atau sungai agar lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti di persisiran pantai terhadap reptilia ini yang mengancam nyawa manusia. Ini merupakan kes yang pertama bagi tahun ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya