HomeUtamaKePKAS sokong cadangan bina padang golf di Kuala Penyu

KePKAS sokong cadangan bina padang golf di Kuala Penyu

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menyokong cadangan Kuala Penyu Golf and Country Club untuk membina padang golf pertama di daerah itu sebagai pelancongan golf.

Menterinya Datuk Christina Liew memuji kelab yang diketuai oleh Tan Sri Wences Angang atas inisiatifnya mencadangkan padang golf dibina di sekitar hotel 5 bintang antarabangsa yang akan datang.

“Ia adalah lokasi yang ideal memandangkan kedudukannya yang berdekatan dengan hotel eksklusif yang dijangka dibuka tahun depan. Kementerian saya akan menghulurkan bantuan yang diperlukan untuk memastikan kelab merealisasikan padang golf yang diimpikan.

“Kemudahan sukan ini akan mengubah landskap Kuala Penyu sekaligus menarik pelancong antarabangsa dan domestik,” katanya semasa kunjungan hormat rombongan terdiri daripada enam anggota kelab itu yang diketuai oleh presidennya Wences, pada Selasa.

Memberi taklimat kepada Menteri, Wences berkata pelan pembangunan itu termasuk rumah kelab untuk tujuan pentadbiran dan padang golf di atas kawasan seluas 107 ekar tanah utama berhadapan pantai.

“Kami tidak mempunyai tanah semasa Kuala Penyu Golf and Country Club didaftarkan pada 1996. Kami telah merancang untuk mendapatkan sebidang tanah yang sesuai untuk sekian lama. Saya telah mengejarnya selama ini, dan baru-baru ini kami memperolehnya dan mendapat kelulusan daripada kerajaan,” katanya.

Menurut Wences, sasaran kelab itu adalah untuk menyiapkan bangunan rumah kelab dan padang golf dalam tempoh lima tahun akan datang.

Turut hasir bersama rombongan ialah Setiausaha Agung Patrick J. Angkee, Penolong Setiausaha Agung Joshua Gantai, Bendahari Thomas Kaling dan Ahli Jawatankuasa Herman Tiongsoh dan Monih Epin.

RELATED ARTICLES
Utama

Pembinaan Empangan Kaiduan, Papar perlu dilaksana segera atasi masalah bekalan air...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya