HomeUtamaPerpaduan dalam kalangan etnik di Sabah harus dikekalkan

Perpaduan dalam kalangan etnik di Sabah harus dikekalkan

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Malaysia khususnya di Sabah harus dikekalkan bagi menjamin kepada keharmonian negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, rakyat khususnya di Sabah juga dapat memupuk kestabilan politik dan ekonomi yang memberikan kesan terhadap kemajuan negara.

Selain itu katanya, keharmonian dalam kalangan rakyat juga dapat meningkatkan lagi semangat cinta kepada tanah air.  

“Secara tidak langsung, aspek perpaduan yang kita lahirkan melalui program ini memperlihatkan sokongan kita terhadap seruan Malaysia Madani yang digagaskan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Konsep ini dirangka sebagai ikhtiar untuk menjadikan pentadbiran negara kita menjadi lebih berkesan, berteraskan nilai, etika dan akhlak. Kita disarankan menerapkan     enam   rukun   utama Madani, iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan, yang tentunya terkandung dalam karya-karya sastera kita.

“Konsep ini juga dapat mencorakkan masa hadapan Malaysia yang lebih baik dan penuh dengan perpaduan, berteraskan segala potensi yang ada dalam segenap aspek,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Nadwah Serantau Sastera Islam Sabah di sini hari ini.  Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Arifin berkata, sebagai umat Islam, perubahan kepada sesuatu yang lebih baik melalui penerapan nilai-nilai agama sewajarnya di amalkan pada setiap masa.

Katanya, hal ini bertepatan dengan kata-kata Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, iaitu berbudaya, berseni atau bersastera perlu bertonggak Islam

“Ibadah dalam Islam sebenarnya luas, tidak terbatas kepada solat, puasa, haji atau zakat sahaja tetapi beribadah juga merangkumi proses pengkaryaan dan penulisan berpaksikan tauhid kepada Allah SWT.

“Pengabdian yang tinggi oleh seseorang penulis dalam menyelami konsep tauhid dan menterjemahkannya dengan penuh kebijaksanaan kepada khalayak merupakan ciri terbaik bagi seseorang penulis,” katanya.

Beliau turut berharap Nadwah Serantau Sastera Islam Sabah itu terus menjadi wahana perkongsian penulis, sasterawan dan pengkaji serantau, khususnya dalam cabang persuratan Islam.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular