HomeUtamaKTC terus sokong pembangunan keupayaan teknikal belia di Sabah

KTC terus sokong pembangunan keupayaan teknikal belia di Sabah

Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Pusat Latihan Petroleum Kimanis (KTC) dibawah kendalian Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) terus menyokong kepada pembangunan keupayaan teknikal dalam kalangan belia di negeri ini.

PETRONAS dalam kenyataan berkata, sehingga kini sebanyak 194 lepasan berkemahiran tinggi berjaya dilahirkan di KTC yang merupakan satu pencapaian yang signifikan dalam misi memperkasakan belia Sabah dengan kemahiran teknikal.

Jumlah itu termasuklah seramai 20 pelajar ambilan 2019 yang menerima diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen KTC di sini semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Technical Training Sdn Bhd (PTTSB) Idris Ibrahim berkata, KTC telah berjaya melangkah jauh sejak penubuhannya pada 2011 sebagai sebahagian daripada program impak sosial PETRONAS di negeri ini dalam menyokong pembangunan modal insan di Sabah.

“KTC komited untuk mempersiapkan bakat-bakat Sabah dengan kemahiran dan keupayaan untuk mereka menyumbang ke arah memperkayakan sumber pekerja bagi sektor tenaga di negeri ini khususnya, dan negara amnya.

“Lepasan KTC juga mempunyai kebolehpasaran tinggi, dengan hampir kesemua mereka yang menamatkan pengajian sebelum ini telah diambil bekerja oleh industri minyak dan gas serta industri yang lain.,” katanya.

Majlis penyampaian sijil graduasi disempurnakan Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PETRONAS Farehana Hanapiah.

Beliau diiringi Idris dan Ketua Pelaburan Modal Insan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PETRONAS, Syed M Muhafiz Syed M Bakar.

KTC merupakan pusat latihan pertama di Sabah yang diakreditasi di bawah Jabatan Pembangunan  Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Ia menawarkan program diploma secara sepenuh masa  selama tiga tahun dalam bidang Instrumentasi Industri dan Kawalan Sistem – Pemantauan dan Kawalan (Tahap 4), Diploma Kemahiran Malaysia.

Graduan KTC juga dikenal pasti sebagai antara yang berpotensi untuk mengikuti Technical Energy Enrichment Programme (TEP) di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP).

Sejak sekian lama, PETRONAS terus menyumbang terhadap pembangunan modal insan dan memperkayakan sumber tenaga manusia bagi sektor tenaga negara melalui penubuhan institusi pembelajaran termasuk Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Akademi Laut Malaysia (ALAM), dan INSTEP.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular