HomeIsu tempatanKenderaan baharu bantu perkasa operasi Zon KYS

Kenderaan baharu bantu perkasa operasi Zon KYS

Read Time:36 Second

Kota Kinabalu : Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) hari ini menyerahkan sebanyak tujuh buah kenderaan pacuan empat roda masing-masing kepada pejabat-pejabat Zon KYS di negeri ini.

Majlis penyerahaan kenderaan-kenderan itu telah disempurnakan Pengarah Yayasan Sabah Dato Sri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar.

Gulamhaidar berkata, pihaknya berharap agar dengan adanya kenderaan baharu itu akan dapat membantu melancarkan lagi operasi pejabat-pejabat Zon KYS di negeri ini.

Katanya, ia termasuklah dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dan menjayakan aktiviti-aktiviti KYS.

Antara pejabat-pejabat Zon berkenaan adalah Zon Pantai Barat Selatan, Zon Pantai Barat Utara, Zon Pedalaman Selatan, Zon Pedalaman Utara, Zon Pantai Timur Selatan dan Zon Pantai Timur Utara.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Zulkhairi Ismail.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya