HomeIsu tempatanMini Karnival HPPK bantu tingkatkan hasil jualan peniaga

Mini Karnival HPPK bantu tingkatkan hasil jualan peniaga

Read Time:1 Minute, 51 Second

Kota Belud: Program Mini Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil  (MKHPPK) 2023 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dapat membantu para peniaga khususnya di kawasan Kadamaian memasarkan hasil tani dan produk perniagaan sekaligus merancakkan lagi aktiviti perniagaan mereka. 

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, program seumpama ini juga memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat serta informasi terkini berkaitan dana pembiayaan, program intervensi serta latihan yang ditawarkan oleh agensi-agensi di bawah KUSKOP. 

“Penganjuran Mini Karnival HPPK 2023 ini merupakan manifestasi komitmen serta apresiasi Kerajaan MADANI terhadap sumbangan serta dokongan komuniti penjaja dan peniaga kecil seluruh negara khususnya di Sabah dalam konteks Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS) kepada pertumbuhan ekonomi negara. 

“Selain itu, penganjuran Mini Karnival HPPK adalah pemula kepada sambutan HPPK 2023 Peringkat Kebangsaan yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada 18 November ini, di Penampang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mini Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Tahun 2023 (MKHPPK 2023) di Dewan Kadamaian Square, di sini, hari ini.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, pemilihan Tamu Kadamaian sebagai lokasi penganjuran sesuai dengan sambutan  untuk menghargai sumbangan para peniaga dan penjaja kecil.

“Dalam kita menjiwai denyut dan nadi penjaja tamu, kita kena berada bersama-sama mereka dan perlu hadir di lokasi di mana mereka berada, tempat mereka mencari rezeki dan menjalankan perniagaan. 

“Atas sebab itu, saya meyakini perjuangan untuk membangunkan serta memperkasakan sosioekonomi komuniti penjaja tamu dan peniaga kecil ini, kita perlu outreach dan engage mereka secara langsung dengan lebih akrab,” katanya.

Ewon berkata, bagi meningkatkan kapasiti pembangunan komuniti penjaja dan peniaga kecil, Pelan Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil (P3PK) 2023 – 2027 telah dilancarkan pada 21 Mac lalu.

“Ini adalah satu pelan strategik bagi menyokong pertumbuhan serta pembangunan komuniti penjaja dan peniaga kecil untuk tempoh lima tahun akan datang.

“P3PK 2023 – 2027 ini dirangka berpaksikan lima teras strategik dan diperkukuhkan dengan 17 strategi serta 29 inisiatif diyakini mampu memberikan nilai tambah kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil,” katanya.

Pada majlis itu, Ewon turut melancarkan logo HPPK 2023 dan menyampaikan Surat Pelantikan Ahli Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil (MPUKPPD) Kota Belud dan menyampaikan Danasiswa Awal Pengajian Pelajar Cemerlang Kadamaian 2023.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular