HomeUtamaBanjir Sabah : 228 mangsa dipindahkan di PPS Selagon

Banjir Sabah : 228 mangsa dipindahkan di PPS Selagon

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Situasi banjir di daerah Beaufort terus mencatat trend peningkatan apabila merekodkan jumlah mangsa terjejas seramai 228 orang setakat jam 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan berkata, semua mangsa melibatkan 72 ketua isi rumah (KIR) masih ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Selagon.

“Sebanyak lima buah kampung di daerah Beaufort terjejas banjir menyebabkan seramai 228 mangsa daripada 72 KIR terpaksa dipindahkan ke PPS di Dewan Selagon.

“Dari jumlah itu, seramai 35 orang adalah lelaki dewasa; 68 perempuan dewasa; 70 kanak-kanak lelaki dan 55 kanak-kanak perempuan,” menurut kenyataan itu malam ini.

Antara kampung terjejas banjir ialah Kampung Suasa; Kampung Bangkalalak; Kampung Berumbai; Kampung Bakalau dan Kampung Lago.

Banjir melanda kebanyakan kampung di kawasan rendah sekitar daerah ini berikutan limpahan air Sungai Padas berpunca daripada hujan lebat berterusan di kawasan hulu di zon pedalaman sejak beberapa hari lalu.

PPS Dewan Selagon diaktifkan sejak petang semalam selepas keadaan banjir bertambah buruk terutama kampung di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

Beberapa laluan di kampung dinaiki air dilaporkan turut terjejas termasuk ada yang tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan. – SABAH MEDIA / FOTO BOMBA

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular