HomeUtamaKanak- kanak 11 tahun maut ditetak rakan bapa tiri di Lahad Datu

Kanak- kanak 11 tahun maut ditetak rakan bapa tiri di Lahad Datu

Read Time:1 Minute, 30 Second

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki warga asing berusia 11 tahun maut ditetak oleh rakan kepada bapa tirinya dalam kejadian di halaman rumah di perumahan pekerja, Felda Sahabat 30, di sini pada Sabtu (23 Sept).

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner (ACP) Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, kejadian berlaku pada Sabtu, jam lebih kurang 7:30 pagi yang ketika itu, mangsa kanak-kanak tersebut ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya bersama suspek kerana keluar bekerja sebagai pekerja am di ladang kelapa sawit terbabit.

Katanya, siasatan di tempat kejadian menjumpai mayat seorang kanak kanak berusia 11 tahun dalam keadaan berlumuran darah dan terdapat kesan tetakan menggunakan objek tajam yang dipercayai parang pada bahagian belakang kepala, bahagian hadapan dan belakang leher serta putus tapak tangan kiri mangsa.

Sarung parang yang ditemui di lokasi kejadian.Foto ihsan PDRM Lahad Datu

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Rohan Shah berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek iaitu seorang lelaki warga asing yang dikenali sebagai Paulus Poka Lolo, berumur 33 tahun, berbangsa Timor / Indonesia dan bekerja sebagai pekerja am ladang sawit, Ladang Felda Sahabat 30, Lahad Datu.

Katanya, suspek merupakan rakan kepada bapa tiri mangsa yang menghilangkan diri selepas kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat.
Motif kejadian masih belum dikenal pasti.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan dan jika disabitkan hukuman boleh dihukum mati,” katanya.

Sehubungan dengan itu, pihak polis memohon kerjasama daripada orang ramai terutamanya masyarakat di sekitar Felda Sahabat, Lahad Datu untuk menyalurkan maklumat bagi mengesan suspek di balai polis berhampiran atau kepada Asisten Superintendan (ASP) Kharuddin Husain, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu
di talian 013-9071709.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah FC juara Piala SMJ 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya