HomeIsu tempatanRopuhan Homestay Aki Nabalu tonjol makanan tradisional Kadazandusun

Ropuhan Homestay Aki Nabalu tonjol makanan tradisional Kadazandusun

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Belud : Ropuhan Homestay Aki Nabalu yang terletak di perkarangan Dewan D’Lontupak Kampung Purak Ogis menonjolkan masakan tradisional masyarakat Kadazandusun khususnya di daerah ini.

Pengusaha Homestay Aki Nabalu, Hilda Anggus berkata, pembinaan Ropuhan Homestay Aki Nabalu itu atas sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.

Connie bergambar bersama pemenang pertandingan masakan tradisional

“Terima kasih kepada Datuk Ewon atas sumbangan berterusan kepada kaum ibu di kampung ini. Kemudahan ini kami akan gunakan untuk menganjurkan pelbagai program untuk mempromosikan lagi masakan tradisional masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Karnival Makanan Tradisional anjuran Persatuan Homestay Aki Nabalu, di sini, semalam.

Hilda berkata, antara tujuan karnival itu diadakan ialah untuk memperkenalkan masakan tradisional Kadazandusun kepada generasi muda termasuk pengunjung luar yang menginap di homestay-homestay Aki Nabalu.

“Buat julung kalinya kami menganjurkan Karnival Makanan Tradisional Kadazandusun sempena perasmian Ropuhan Homestay Aki Nabalu.

“Kami akan meneruskan acara ini pada masa akan datang dan berharap lebih ramai peserta menyertai pertandingan masakan tradisional. Antara keunikan pertandingan ini ialah para peserta memasak makanan tradisional menggunakan kayu api di Ropuhan Homestay Aki Nabalu,” katanya.

Hilda berkata, antara makanan tradisional yang dipertandingkan pada karnival itu ialah Bosou, Linangatan (nasi bungkus menggunakan  beras tadong dan keladi),  linipit (ikan sungai bakar), bintanok (sayur daun keladi dicampur dengan bosou), hinava, jeruk bambangan, jeruk tuhau dan serunding tuhau.

Ewon merasmikan Ropuhan homestay Aki Nabalu

Sementara itu, Irene Tioon, pengusaha homestay Aki Nabalu berkata, perancangan seterusnya  ialah menganjurkan Tamu Tani untuk membantu ahli-ahli persatuan yang juga petani menjual hasil pertanian mereka.

Hadiah pemenang pertandingan masakan tradisional disampaikan oleh Datin Connie Parantis isteri kepada Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap ADUN Kadamaian.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular