HomeUtamaSuspek kes bunuh kanak-kanak 11 tahun berjaya diberkas

Suspek kes bunuh kanak-kanak 11 tahun berjaya diberkas

Read Time:1 Minute, 7 Second

LAHAD DATU: Suspek kes bunuh kanak – kanak 11 tahun di Perumahan Pekerja, Felda Sahabat 30, Lahad Datu berjaya diberkas oleh sepasukan polis bantuan felda pada jam 7.00 pagi tadi (24 Sept).

Suspek lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Paulus Poka Lolo, 33, merupakan suspek utama yang diburu polis bagi kes bunuh kanak-kanak tersebut.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner (ACP) Dr. Rohan Shah Ahmad mengesahkan penahanan suspek berkenaan.

Katanya, bertindak di atas maklumat itu, pihak polis bantuan felda telah mempertingkatkan rondaan kawasan dan telah berjaya mengesan suspek yang dikehendaki itu dalam keadaan mencurigakan di dalam kawasan Blok 12 Ladang FGV PM Sahabat 41, Lahad Datu.

“Seterusnya, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu telah menangkap semula suspek dan menjalankan soal siasat
sehingga suspek mendedahkan lokasi tersimpannya senjata berupa parang yang digunakan oleh suspek dalam kejadian tersebut dengan bantuan anjing pengesan (Unit K9, IPD Lahad Datu).

“Ekoran pendedahan ini, pihak polis telah menemui dan merampas sebilah parang yang berukuran 23 inci di sebuah kawasan semak tepi
jalan Ladang FGV PM Sahabat 41,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Rohan Shah, suspek akan dibawa ke mahkamah Lahad Datu pada esok (25 Sept) bagi permohonan reman untuk melengkapkan siasatan.

“Pihak polis percaya dengan tertangkapnya suspek ini dan rampasan terhadap senjata yang digunakan oleh suspek dalam kejadian ini, kes ini dianggap selesai,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Jabatan Perhutanan perlu terus tingkatkan kutipan hasil hutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya