HomePolitikPBS komited memperkasa parti, bawa pembaharuan dalam parti

PBS komited memperkasa parti, bawa pembaharuan dalam parti

Read Time:2 Minute, 26 Second

PENAMPANG: Parti politik tertua di Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS) komited memperkasa parti itu dengan membawa beberapa pembaharuan dalam parti bagi memberi nafas baru, seperti yang diidamkan semua ahli, kata presidennya Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.

Katanya, hampir empat dekad kewujudan PBS, parti ini tidak terlepas dari dugaan dan cabaran.

“”Parti kita juga sering diaibkan dan dikatakan sebagai parti orang tua. But despite all these negative comments, PBS remains strong. Walau bagaimanapun, sudah tiba masanya kita mengubah persepsi ini dengan membawa pembaharuan dalam parti bagi memberi nafas baru, seperti yang diidamkan semua ahli,” katanya dalam ucapan dasarnya sempena Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Sabah Kali Ke-38 di Dewan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di sini, hari ini.

Teks ucapan Maximus disampaikan oleh Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Maximus berkata, Jawatankuasa Semakan Perlembagaan PBS telah ditubuhkan bagi tujuan menyemak semula Perlembagaan PBS, serta memberikan cadangan bagi memperkasakan lagi parti ini.

” Jawatankuasa ini, yang diketuai oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Panglima Dr Yee Moh Chai, dan disertai beberapa golongan professional, diberi mandat untuk menyemak dan membuat pindaan yang berkenaan.

“Antara pembaharuan yang ingin kita laksanakan ialah penganjuran Persidangan Perwakilan yang diubah daripada setiap tahun kepada sekali dalam tiga tahun. Keputusan ini melibatkan pindaan beberapa rang undang-undang dalam perlembagaan parti kita untuk disesuaikan dengan perubahan pelaksanaan mesyuarat kita kelak.

“Selain itu, Jawatankuasa ini juga memberi cadangan untuk mewujudkan satu pergerakan baharu, khusus buat para beliawanis kita, agar mereka dapat bergerak seiring dengan ahli-ahli lain dalam memperjuangkan misi dan visi parti kita,” katanya.

Sehubungan dengan itu, katanya pergerakan tersebut menerima ahli berumur 18 tahun dan ke atas.

“Saya difahamkan, pergerakan ini menerima ahli berumur 18 tahun ke atas, sesuai dengan keputusan kerajaan lalu untuk menurunkan umur pengundi dari 21 ke 18. Adalah harapan saya agar golongan muda ini mendapat sokongan dan bimbingan dari ahli-ahli senior lain dalam parti.

“Usul ini dibuat sebagai salah satu strategi untuk meremajakan parti keramat ini. Kita harus berpandangan jauh, apatah lagi dalam senario politik pada masa ini di mana golongan muda semakin menunjukkan minat untuk berpolitik. Rebutlah kesempatan ini untuk menarik mereka menyertai PBS. Tapi jangan salah politik, kerana cara berpolitik yang salah hanya merugikan rakyat dan negeri. Jangan buang masa. Berpolitiklah dengan fakta, don’t just speak for the sake of arguing,” tegasnya.

Justeru itu, Maximus turut mengalu-alukan kehadiran ahli baharu khususnya daripada golongan muda menyertai PBS.

“Ini kerana penglibatan anak-anak muda ini mampu memperkasakan Parti Bersatu Sabah, dan diharapkan kita akan meloncat ke tahap yang lebih tinggi lagi,” katanya.

Turut hadir Penasihat Perdana,
Parti Bersatu Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan-Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Yee Moh Chai, dan Datuk Jahid Jahim, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah, Datuk Julita Majungki, Naib-Naib Presiden Parti Bersatu Sabah dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah, serta Ketua-ketua Bahagian dan juga Ketua- Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda.

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM Sabah tahan pasangan suami isteri bekas CEO & pengarah syarikat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular