HomeIsu tempatanAnugerah BKD, pembiayaan pengajian BKD UPSI dicadang dilaksanakan tahun depan

Anugerah BKD, pembiayaan pengajian BKD UPSI dicadang dilaksanakan tahun depan

Read Time:1 Minute, 30 Second

Penampang : Anugerah Bahasa Kadazandusun (BKD) dicadang untuk dilaksanakan dan diberikan kepada guru-guru atau individu yang telah berusaha dalam memperkasa pengajaran dan pembelajaran BKD sehingga berjaya diangkat sebagai subjek di sekolah dan peringkat universiti.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, selain itu pembiayaan pengajian BKD di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga dicadang untuk diperkenalkan tahun depan.

“Saya mencadangkan agar anugerah BKD dilaksanakan selain memperkenalkan pembiayaan atau biasiswa kepada pelajar yang mengikuti pengajian BKD di UPSI.

“Kita tahu ramai pelajar daripada Sabah akan mengikuti pengajian di UPSI dan sudah tentu memerlukan pembiayaan pengajian sama ada PTPTN, biasiswa daripada Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab kepada Yayasan Bank Rakyat (YBR), saya berpendapat yayasan ini boleh menyediakan bantuan kepada bakal graduan di UPSI bagi pengajian BKD,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Bahasa Kadazandusun dan Majlis Pelancaran Modul Buku Kerja Bahasa Kadazandusun Tahun 4, 5 dan 6, di ITCC Penampang, di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR) Datuk Philip Lasimbang, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Raisin Saidin, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah Aminah Awang Besar, Pengarah IPG Kampus Keningau Doti Asing dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF) Rita Lasimbang.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, cadangan pemberian biasiswa kepada pelajar UPSI adalah sebagai sokongan kepada universiti berkenaan melahirkan guru-guru BKD berkualiti terutamanya di sekolah menengah.

Mengenai anugerah BKD, beliau mencadangkan supaya pemberian anugerah kepada para pejuang BKD diberikan sempena Karnival Bahasa Kadazandusun pada tahun depan.

“Kementerian saya melalui YBR sudah pasti boleh menjadi sebahagian daripada penyumbang anugerah itu.

“Saya fikir wajar untuk pimpinan dan juga kerajaan memberikan penghargaan kepada guru-guru atau pihak yang terlibat memperkasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun sehingga diangkat sebagai satu mata pelajaran di sekolah dan peringkat universiti,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular