HomeEkonomiBatik bermotif kaligrafi Cina boleh dibangunkan, skim usahawan kraf akan dilancar

Batik bermotif kaligrafi Cina boleh dibangunkan, skim usahawan kraf akan dilancar

Read Time:1 Minute, 22 Second

Penampang : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan melancarkan satu skim baharu iaitu Skim Pembiayaan Usahawan Kraf dalam masa terdekat.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, pembiayaan itu bertujuan memberi pinjaman mikro melalui Tekun Nasional untuk para pengusaha kraf termasuk baju batik.

Katanya, batik bermotifkan kaligrafi Cina dilihat boleh dibangunkan sebagai produk perniagaan.

“Hari ini kerajaan membenarkan pemakaian batik secara pilihan setiap hari waktu bekerja kepada semua penjawat awam, di negara ini dan pastinya ramai yang akan memakai baju batik.

“Oleh itu saya berharap usahawan bidang ini dapat memanfaatkan sepenuhnya skim baharu itu untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Kuih Bulan anjuran Pakatan Harapan (PH) Penampang, di Kapayan di sini, baru-baru ini.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, setiap kaum di negeri ini kaya dengan budaya mereka dan amat dikenali dengan kraftangan bermotifkan identiti sendiri termasuk kaum Cina.

Sehubungan itu katanya, pengusaha kraf dan baju batik boleh mengembangkan perniagaan mereka dengan memanfaatkan Skim Pembiayaan Usahawan Kraf yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Ini adalah antara inisiatif-inisiatif baharu kerajaan melalui kementerian kita yang akan dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada semua usahawan kraf.

“Saya amat yakin para peniaga dan usahawan di Sabah dan Sarawak terutamanya di Penampang merebut peluang yang disediakan ini,” katanya.

Skim Pembiayaan Usahawan Kraf dibawah Tekun Nasional menyediakan pembiayaan modal bagi tujuan merancakkan industri kraf di kalangan pengusaha kraf, membantu pengusaha kraf kategori mikro untuk mengembangkan perniagaan dan membina rangkaian pengusaha kraf tempatan yang mapan.

Selain itu ia juga bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk setempat dan graduan institut kraftangan serta mengekalkan nilai budaya dan seni warisan tempatan.

RELATED ARTICLES
Utama

PPS hasrat perkasa wanita muda sebagai pelapis dalam pembuat keputusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular