HomeIsu tempatanBelia digalakkan lanjut pelajaran selepas SPM untuk dapat pekerjaan lebih berkualiti -...

Belia digalakkan lanjut pelajaran selepas SPM untuk dapat pekerjaan lebih berkualiti – George Hiew

Read Time:1 Minute, 16 Second

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting George Hiew Vun Zin menggalakkan para belia untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih berkualiti di masa akan datang.

Menurut beliau, graduan SPM yang memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran mereka apabila mereka mencari pekerjaan kelak, tetapi juga menambah ilmu, pengetahuan dan kemahiran mereka untuk berdepan dengan alam kerjaya nanti.

“Saya menggalakkan anak-anak muda kita di Karamunting untuk melanjutkan pelajaran bagi melahirkan lebih banyak lagi tenaga kerja yang berilmu dan berkemahiran, sekaligus menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan di kawasan Karamunting.

“Ia juga merupakan suatu jalan bagi keluarga miskin di kawasan saya untuk keluar daripada kepompong kemiskinan, iaitu apabila anak-anak muda ini mampu mencari pendapatan yang lebih lumayan dengan kelayakan pendidikan yang lebih tinggi,” katanya di dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Pada minggu lalu, George telah menyampaikan sumbangan insentif kepada 15 orang pelajar daripada kawasan Karamunting yang bakal melanjutkan pelajaran di peringkat Matrikulasi, Diploma and Ijazah di pelbagai bidang di luar daerah dan luar negeri.

Katanya, tujuan insentif itu adalah bagi tanda sokongan beliau sebagai wakil rakyat di kawasan Karamunting ke atas usaha belia untuk melanjutkan pelajaran di menara gading, dan pada masa yang sama bagi meringankan beban kewangan keluarga pelajar-pelajar tersebut.

“Saya berharap pelajar-pelajar ini akan cemerlang dan berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi, dan berharap agar mereka akan kembali ke Karamunting untuk berkhidmat dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di sini,” tambah beliau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peserta Sugandoi, golongan muda diseru pelihara, promosi budaya Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya