HomeUtamaKeindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik, kata PM Anwar

Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik, kata PM Anwar

Read Time:38 Second

KUALA LUMPUR – Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW selaku Uswatun Hasanah, atau contoh terbaik menjadi ikutan.

Baginda tidak mencela, apatah lagi memfitnah atau memaki hamun terhadap sesiapa pun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dakwah Baginda mendobrak asabiyyah dan kejumudan, membimbing umat Madinah yang bhineka menuju cahaya keadilan dan ihsan.

“Menghayati ibrah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam memimpin dan menyatukan pelbagai kaum tentunya akan membangkitkan rasa keinsafan untuk sama-sama membangunkan negara tercinta ini sebagai sebuah negara yang adil, aman dan sejahtera, lantas beroleh barakah daripada Allah SWT.

“Moga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kesejahteraan yang berterusan buat Baginda Nabi Muhammad SAW,”

Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya esok. Tema sambutan tahun ini ialah “Perpaduan Teras Malaysia Madani”.

RELATED ARTICLES
Utama

KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular