HomeUtamaOrang ramai dipelawa saksikan pameran bergerak 'Experiencing Science: Enlightening Innovation'  

Orang ramai dipelawa saksikan pameran bergerak ‘Experiencing Science: Enlightening Innovation’  

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Masyarakat di negeri ini dipelawa untuk mengambil peluang bagi melihat secara dekat pameran sains interaktif yang dibawa khas dari Republic Rakyat China.

Pameran yang diadakan di Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) Cawangan Tanjung Aru itu turut mempamerkan lebih 60 bahan pameran berkaitan sains dan teknologi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pameran itu juga dijangka mampu menarik minat pelajar terhadap aliran sains.

“Saya bagi pihak Kerajaan negeri Sabah merakamkan penghargaan terima kasih kepada negara Republik Rakyat China melalui konsul jeneral mereka di Sabah yang telah mengusahakan program pada hari ini.

“Semoga dengan kehadiran lebih 60 bahan pameran ini akan menjadi tumpuan masyarakat dan khususnya para pelajar. Justeru kita meminta masyarakat untuk datang dan membawa anak-anak mengambil peluang dalam pameran ini.

“Bagi yang agak jauh, tunggu di daerah masing-masing kerana pameran ini akan ke 14 daerah di Sabah. Saya yakin bukan saja masyarakat di Sabah tetapi mereka dari negeri berhampiran juga akan datang kerana ini boleh menjadi tarikan kepada pelancongan sains dan teknologi di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pameran Bergerak ‘Experiencing Science: Enlightening Innovation’ Tour In Sabah di PNS Tanjung Aru, di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan di wakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya.

Arifin berkata, pameran yang dipamerkan itu juga turut dihubungkan dengan kurikulum yang ada di negara ini dan ia menjadikan sains itu menarik, mudah dan menghiburkan.

Selain Tanjung Aru, kembara pameran tersebut akan berlangsung secara bergilir di Membakut, Beaufort, Sipitang, Tenom, Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Ranau/Tambunan, Kudat, Kota Belud, Tuaran dan berakhir di Pusat U-Science Universiti Malaysia Sabah. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular